
Pelakon dan penyanyi, Mark Adam ada meluahkan perasaan rindu bersempena dengan hari ulang tahun kelahiran ibunya, hari ini.
Pada masa sama, Mark turut memuat naik rakaman video kenangan bersama ibu tercinta.
Difahamkan, Mark sudah lama tidak bertemu dengan ibunya yang menetap di Filipina oleh kerana pihak kerajaan masih lagi dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Malah, penyanyi berusia 39 tahun ini juga berharap dapat bertemu dengan ibunya selepas pandemik Covid-19 berakhir.
“Happy birthday syurga, setiap kali birthday awak mak ada je benda baik yang berlaku dalam hidup saya.
“Saya sangat bersyukur, semoga sihat selalu mak we miss u, stay safe, we will see u first thing after the pandemic insyaallah,” tulisnya.

Untuk rekod, Mark telah dilahirkan pada 15 Oktober 1979 di Cebu, Filipina dan mendirikan rumah tangga bersama Norazah Redzuan, pada tahun 2003.
Foto: Instagram Mark Adam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Isteri Lan Solo, Nur Sheila Hassim ada memaklumkan dirinya terpaksa mengambil rehat atas status kesihatan yang kurang mengizinkan.
Jelas ibu kepada empat cahaya mata ini, doktor mengesahkan kedudukan rahimnya turun dari kedudukan asal. Malah tahap homoglobinnya juga rendah.
Atas situasi yang berlaku, Sheila mengakui sukar untuk berdiri tegak dan kerana itu, ia menyebabkan rasa sakit sejak seminggu lalu.
“KISAH SEMALAM. Erm… Tak tau nk mula kat mana tapi semalam memang hari yang hectic. Suddenly lower abdomen KY (Sheila) cramps sampai tak boleh berdiri tegak.
“Sakit dah almost seminggu (even masa teman LS (Lan Solo) shooting pon mmg dah sakit – org terdekat dah tau).
“Tapi masih boleh jalan dan buat kerja walaupun terbatas jugak la. Tapi semalam, KY decide untuk terus pi jumpa pakar.
“Rupa-rupanya serviks sedikit turun dari kedudukan asal dan hemoglobin rendah. Tu pasal KY pitam terus.
“Terpaksa la KY cancel semua shoot / meeting / training dan lain-lain,” tulisnya dalam satu status di Facebook, hari ini.
Dalam pada itu, Sheila turut meminta ramai agar mendoakan yang terbaik buat suaminya yang bakal bersaing dalam program Vokal Mania minggu ini.
“Sampai dah ready utk admit la. Tapi doktor bagi pelepasan rest kat rumah je, lega.
“So now, untuk seminggu dua ni. KY akan berehat sahaja, bukan kuarantin ya.
“U guys, doakan LS dapat buat yang terbaik untuk #VokalMania minggu ni tau sebab lagu tu agak mencabar ye. Ce teka lagu apa?,” tulisnya lagi.
Untuk rekod, Sheila dan Lan mendirikan rumah tangga pada 6 Disember 2009 dan diserikan dengan empat cahaya mata, Nur Amna Qaleesya, Nur Amna Qeesyara dan Muhammad Akid Qassyaff dan Nur Amna Quxandra.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Hos, Azwan Ali akhirnya tidak dapat menahan sebak lalu menitiskan air mata apabila berbicara mengenai kisahnya bersama penyanyi, Ziana Zain.
Menjadi pengacara bersama Elly Mazlein menerusi program Lagu Cinta Kita musim kedua yang bersiaran di TV3 malam tadi, Azwan awalnya dilihat sebak apabila mahu memberikan komen selepas ditanya Elly mengenai hal tersebut.
Dalam nada penuh emosi, Azwan mengakui sudah mengenali rakan artisnya itu sejak sekian lama.
“Ziana… saya kenal lama. Betul Ziana cakap tu, jangan judge kita. Jadi saya menghormati Ziana sebagai kawan begitu lama.
“Saya minta maaf pada Pak Zain, Cik Robiah… Lama saya tak jumpa,” dedah Azwan, 54, yang sinonim dengan sapaan Diva AA.
Sementara itu, Ziana yang dijemput sebagai tetamu undangan dalam program realiti berkenaan memaklumkan, orang lain tidak kenal akan sikap rakannya itu.
“Orang kalau tak kenal diknon (panggilan manja buat Azwan), mereka tak kenal. Walaupun orang gosipkan saya dengan diknon macam-macam tetapi hubungan saya dengan dia, sahabat.
“Walaupun bertahun saya tak jumpa dia, saya selalu telefon dan bertanya khabar. Diknon sihat? Diknon buat apa? Sahabat dan kawan itu adalah dua pengertian yang berbeza. Kena faham itu,” balasnya.
Sedutan video tersebut lantas menjadi perbualan peminat yang sedia maklum mengenai keakraban dia figura terkenal itu.
Malah, Azwan sebelum ini pernah dikatakan menaruh perasaan terhadap penyanyi lagu Menadah Gerimis itu ketika di awal penglibatannya dalam seni.
Ikuti sedutan penuhnya di sini;
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Penyanyi, Sheila Abdull ada menitipkan ucapan selamat tinggal sempena hari terakhirnya berkhidmat sebagai pramugari di syarikat penerbangan, Malindo Air.
Menurut Sheila, dia menerima keputusan ini dengan hati terbuka kerana faham dengan situasi yang melanda syarikat penerbangan tersebut ketika ini yang dikatakan turut terkesan akibat pendemik Covid-19.
“Tiba masanya untuk saya ucapkan selamat tinggal. Dua perkara yang paling sukar untuk dilakukan dalam kehidupan adalah untuk mengucapkan ‘hello’ buat pertama kalinya dan mengucapkan selamat tinggal buat kali yang terakhir.
“Tetapi ini adalah impak yang terpaksa kami terima dalam kejadian pendamik baru-baru ini. Terima kasih kepada kawan-kawan di seluruh jabatan untuk segala kenangan manis dan masa-masa gembira bersama,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Mungkinkah itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Dalam pada itu, Sheila turut merakamkan ucapan penghargaan kepada semua pihak terutama rakan-rakan sekerjanya yang selama ini ada bersamanya sepanjang empat tahun berkhidmat.
“Terima kasih untuk empat tahun yang penuh bermakna untuk setiap persahabatan dan sokongan. Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk berkhidmat di syarikat ini. Saya sentiasa akan bersyukur kerana peluang ini.
“Terimalah maaf daripada saya untuk segala kesilapan atau perkara mengguris hati yang pernah saya lakukan ketika kita bersama. Jutaan terima kasih untuk setiap masa-masa berharga bersama.
“Selamat maju jaya saya ucapkan buat anda semua dan juga Malindo Air. Semoga kita berjumpa lagi. InsyaAllah,” kongsinya lagi menerusi kapsyen di IG TV dalam bahasa Inggeris.
Sementara itu, ibu kepada seorang anak itu turut menitipkan ucapan selamat maju jaya kepada semua pihak yang senasib dengannya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat selain turut mendoakan agar segala urusan Sheila selepas ini akan sentiasa dipermudahkan.
Memetik laporan Astro Awani, pada 12 Oktober lalu, Malindo Air mengumumkan bakal memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada tenaga kerjanya.
Proses pemberhentian kerja melibatkan kakitangan yang terlibat dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

