Pelakon Bell Ngasri tidak mempunyai jawapan khusus mengenai sampai bila dia mahu meneruskan fenomena Barkoba yang dibawa memandangkan ia masih lagi menjadi sorotan peminat.
Bell atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri berkata, dia terbuka dengan reaksi pelbagai peminat namun fokusnya kini hanya mahu memberikan yang terbaik terhadap segala karya yang diamanahkan.
“Bagi saya selagi orang mahu, suka dengan Barkoba atau ada yang masih suka tengok cerita lawak komedi yang saya lakonkan… Insya-Allah saya akan teruskan dengan karektor ini selagi mereka mahu sampailah diaorang menyampah.
“Kalau orang pun dah tak nak tengok nanti, setakat itu sajalah kot. Saya cubalah pula benda lain. Namun alhamdulillah, setakat ini masih lagi ada yang suka. Saya masih lagi dapat teruskan kerjaya dalam lakonan.
“Selagi apa yang dimahukan, saya cuba realisasikan dengan sebaik mungkin,” katanya ketika ditemui di Sidang Media Pelancaran Wangian Sky & Karnival Kedah Best 2023.
Majlis sama turut memperkenalkan penerima trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular ke-35 itu sebagai wajah wakilan wangian berkenaan.
Ads
Fenomena Barkoba dicetuskan Bell menerusi telefilem 16 Puasa, 17 Puasa dan 18 Puasa yang dilakonkannya.
Sementara itu, Bell turut bersyukur atas rezeki bersempena dengan pelancaran wangian sendiri yang dikeluarkan secara eksklusif menerusi kolaborasi bersama Iconic Sky Entertainment.
Menerusi wangian Bell Edition, ia tampil dengan tiga variasi iaitu Bell Eau De Parfum for Him, Bell Eau De Parfum for Her dan Bell Freshener.
Ads
Menurut Pengarah Urusan Iconic Sky Entertainment, Muhammad Danial Ismail, pemilihan Bell sebagai duta produk untuk wangian Sky bagi Bell Edition bertepatan dengan visi mereka untuk memperkenalkan jenama terbabit kepada pasaran tempatan.
“Ini merupakan wangian pertama keluaran Iconic Sky Entertainment yang diberi nama Sky. Untuk edisi pertama, kami tampil dengan kolaborasi bersama Bell Ngasri dan ia dijual di platform online yang Iconic Sky Entertainment sediakan.
“Sebagai pemain baharu dalam industri ini, besar harapan kami untuk memperkenalkan wangian Sky kepada peminat wangian tempatan, seterusnya memikat hati orang ramai. Kami percaya Bell mempunyai potensi besar untuk membawa jenama Sky dengan lebih meluas,” kata Danial.
Ads
Dalam pada itu, Danial turut mengumumkan acara Karnival Kedah Best yang turut menjadi rangka promosi bagi memperkenalkan wangian Sky secara meluas.
“Kami bakal adakan acara besar-besaran untuk melancarkan wangian ini di Karnival Kedah Best yang akan berlangsung di Tasek Darul Aman Park, Jitra Kedah pada 23 Disember ini.
“Bell sendiri akan turun padang bagi memeriahkan acara. Selain itu, pelbagai aktiviti lain turut dirancang seperti Pertandingan Memancing, Perhimpunan Motor, Jualan T-Shirt (motor dan memancing) serta jualan makanan.
“Menariknya, pengunjung boleh menyertai cabutan bertuah dan berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM500,000. Kesemua pembelian wangian dan baju akan mendapat satu kupon cabutan bertuah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelawak dan pengacara Shuk Sahar mengesahkan dia sudah sah bercerai dengan isterinya, Rossa Sera di atas persetujuan bersama.
Memetik mStar, Shuk atau nama sebenar, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 37, telah melafazkan cerai talak satu di Mahkamah Rendah Syarikah Kuala Lumpur pada 22 Mac lalu.
“Betul kami telah sah bercerai pada 22 Mac lalu dengan talak satu.
“Selepas pulang umrah bersama, kami duduk berbincang, bercakap secara elok dan membuat keputusan untuk bercerai. Kami berpisah dengan baik,” katanya.
Menurut bekas penyampai Hot FM ini lagi, hubungannya dengan bekas isteri akan kekal baik demi dua orang cahaya mata mereka yang kini menetap di kediaman keluarga Sera di Sabah.
“Sekarang saya hanya fokus pada anak-anak sahaja. Mereka tinggal di Sabah bersama ibu Sera sebab anak sulung sudah mula bersekolah darjah satu.
“Apa yang berlaku menjadi teladan buat saya memperbaiki diri. Selama ini kita cuba cari haluan masing-masing untuk perbetulkan diri sendiri.
“Semoga saya akan menjadi orang yang lebih baik di masa akan datang,” katanya lagi.
Untuk rekod, Shuk dan Sera berkahwin pada 2015 dan hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua anak perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 7, dan Nur Assyifatu Aimi, 4 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Zaman kanak-kanak pastinya menjadi fasa terbaik buat ibu bapa dalam menerapkan nilai positif buat mereka.
Bagaimanapun, tak dinafikan ada ibu bapa yang sering leka seterusnya mengambil ringan kerana memikirkan mereka masih kecil dan tidak pandai berfikir.
Namun ulas pelakon Faralyna Idris, dia pernah ditegur anaknya gara-gara si ayah terlalu sibuk bekerja. Walaupun menetapkan masa bermain untuk anaknya, namun dia bimbang andai masa yang diperuntukkan tidak mencukupi.
“Pernah sekali, when she was 2, dia ckp dkt Ayah, “Ayah work work work work work.”
“Smlm sblm tidur, dia ckp dkt Bonda, “its night time. Kene sleep kan Bonda? Bukan buat work.” dlm pada kita tetap luangkan masa to play with them in between work tu.
“Does that means, tak cukup masa yang kita luangkan utk anak? Lebih kerja dari beri perhatian pada anak? Tak balance?
“Im afraid, yes.
“Sblm ni rasa mcm apa yang kita buat tu dah betul, dah cukup, boleh ikut follow je routine tu mcm biasa sbb dari baby dulu dah start routine mcm tu. So kita anggap the kids are okay,” tulisnya.
Malah, Faralyna juga menegaskan anak-anak yang kian membesar memerlukan perhatian.
“Tapi kita lupa yang mereka membesar. Makin mereka membesar, makin mereka memerlukan perhatian kita. Bermakna kita kene sentiasa ubah rutin harian kita mengikut kesesuaian.
“Jgn biarkan masa bersama mereka berlalu mcm tu je. Takut esok esok kita pula yang crave for their attention. Rindu nak pegang tangan, rindu nak cium pipi, rindu nak peluk kuat kuat.
“Sebab satu hari, mereka akan tinggalkan kita.Apa yang kita perlu buat skrg adalah, biar mereka meninggalkan kita nanti dengan penuh kasih, sayang & cinta dlm hati mereka utk kita.
“Bila kakak cakap, “Anggun rindu Bonda..” Ala Bonda tak kuat. I love you babygirl. I AM ALWAYS HERE FOR YOU,” tulis Faralyna panjang lebar.
Penyanyi dan komposer, Hael Hussaini, mendedahkan tahun ini dia mahu lebih menumpukan perhatian terhadap penghasilan karya baharu bagi memenuhi permintaan rakan-rakan artis yang ingin berkolaborasi dengannya.
Bagaimanapun, Hael menegaskan keputusan yang dibuat bukan bermakna dia mahu berhenti menyanyi atau tidak mahu lagi bertanding di Anugerah Juara Lagu (AJL) sebagai penyanyi selepas ini.
“Tak ada istilah merajuk sebab bagi saya, AJL adalah antara titik mula nama ‘Hael Hussaini’ itu diperkenalkan semua rakyat Malaysia sebenarnya.
“Cuma perancangan akan datang, saya rancang untuk memperbanyakkan lagi karya saya supaya rakan artis yang ingin bekerjasama dengan saya sebelum ini dapat ditunaikan janjinya,” katanya.
Fokus Terbit & Cipta Lagu
Tambah Hael, selain masih aktif menyanyi, dia juga mahu beri lebih tumpuan kepada syarikatnya yang sedang berkembang, khususnya dalam bidang penerbitan dan penciptaan lagu.
“Tidaklah kata saya nak berhenti sepenuhnya daripada jenama ‘Hael Hussaini’ (menyanyi). Tapi tahun ini, saya nak fokus kepada syarikat sendiri yang sedang diusahakan secara perlahan-lahan.
“Saya nak berikan tumpuan terhadap bidang penerbitan dan penciptaan lagu. Sebab sudah empat tahun saya tidak menghasilkan lagu selepas Peluang Kedua untuk Nabila Razali.
“Ketika itu ramai artis yang mahu bekerjasama, tetapi kami tidak dapat bersama-sama melakukan perkara itu. Jadi, insya-Allah tahun ini kita cuba untuk saling berkolaborasi,”* katanya.
Hael berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis Amber Raya Romantics di Hotel Majestic Kuala Lumpur, pada Selasa.
Terharu Penerimaan Baik
Hael turut turut terharu atas sambutan positif terhadap lagu-lagu ciptaann yang sekaligus menjadi motivasi untuknya terus menghasilkan karya baharu.
“Apa pun, saya masih lagi menyanyi dan bekerja seperti biasa dan keluarkan lagu sendiri. Tetapi keutamaan itu, adalah untuk mencipta karya-karya untuk dinyanyikan artis lain.
“Itu adalah kepuasan saya bila ada lagu yang dicipta mendapat sokongan ramai pendengar. Misalnya ketika di AJL39 baru-baru ini, bila lihat karya ‘comeback’ saya selepas empat tahun itu diterima,”* katanya lagi.
Kejayaan di AJL39
Pada AJL39 lalu, lagu Bukan Lagi Kita ciptaan Hael dan Iqie Hugh yang dinyanyikan Nadeera Zaini berjaya meraih tempat kedua.
Malah lagu Diam nyanyian Hael sendiri turut mara sebagai salah satu daripada 10 lagu yang bertanding di pentas berprestij itu.
Dengan perancangan baharu ini, Hael optimis untuk terus memberi sumbangan bermakna kepada industri muzik tempatan menerusi ciptaan lagu yang berkualiti.
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...