![[GAMBAR] Bila Netizen Kata Suami Nora Danish Macam Vin Diesel, Super Wow!](https://cdn.mediahiburan.my/2018/09/31C2FCEC-5B9E-4C92-948B-9433ECDD1A56.jpeg)
Pelakon Nora Danish telah memuat naik dua keping gambar di akaun Instagramnya.
Menariknya, kedua-dua gambar tersebut mendapat pujian netizen yang mengatakan pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan itu seperti kerabat diraja England, Kate Middleton, manakala suaminya pula, Nedim Nadzri seperti pelakon Fast & Furious, Vin Diesel.
Rata – rata netizen telah membuat persamaan antara pasangan itu dengan ‘mat salleh’ dari Amerika (Vin) dan England (Kate).
Wah! Bukan calang-calang Nora dan Nedim dapat pujian disamakan dengan kerabat diraja England dan pelakon hebat antarabangsa.
Foto: IG Nora Danish