Categories: Uncategorized

“Lain Macam Koyak Ni Bang,”- Faizal Tahir Kecewa Dengan Provokasi Akaun Twitter Chelsea, Ini Pula Reaksi Netizen

Share

Penyanyi, Faizal Tahir meluahkan rasa kecewanya terhadap akaun rasmi kelab bola sepak Chelsea selepas akaun tersebut memuat naik sebuah klip mempersendakan kelab Liverpool.

Katanya, memuat naik klip video kesilapan lampau kelab tersebut adalah sesuatu yang biadap dan mereka sepatutnya fokus dengan prestasi semasa.

Rasa kecewa itu diluahkan menerusi akaun Twitter miliknya.

“What a disgrace of a club. Posting about someone elses mistake n misery from the past.

“Should focus on their own problems and the now. Not on others and something from the past.

“Exactly why this racist club is where theyre at in the league right now. #smh,” tulisnya.

Tweet tersebut ternyata menerima respon pelbagai daripada netizen.

Malah, ada juga netizen yang menyifat Faizal seperti terkesan dengan provokasi tersebut.

Terdahulu, Liverpool bakal menentang Chelsea pada malam ini dalam usaha untuk meneruskan rentak kemenangan bagi mencerahkan peluang merangkul Liga Perdana Inggeris 2018/19

Sumber: Twitter Faizal Tahir

IKLAN