Perkongsian terkini pengasas kosmetik, Datuk zzeri Aliff Syukri berkenaan dengan lagu Raya barunya di Instagram mendapat perhatian warganet.
Menurut Aliff, lagu berkenaan yang diberi judul Kelepuk Raya itu akan dilancarkan dalam beberapa hari lagi dan dia berkongsi sedutan lagu berkenaan buat tatapan ramai.
Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengambil keberkatan 10 Ramadan terakhir bagi menunaikan ibadah umrah bersama kakak iparnya, Datin Zaiton Mohd Jiwa.
Turut sama di dalam rombongan berkenaan ialah pengurusnya, Rozi Abdul Razak.
Menerusi hantaran di laman Instagram, Siti, 43, memuat naik video di saat dia mengucapkan selamat tinggal buat dua permata hatinya, Siti Aafiyah, 4, dan Muhammad Afwa yang kini berusia satu tahun.
“Perjalananku keranaMu ya Allah. Permudahkanlah dan jagalah keluargaku semua.
“Buat yang mengenali saya, maaf zahir batin dan doakan umrah saya berjalan lancar, diberi kesihatan yang baik serta pulang dengan sihat dan selamat,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sebelum meninggalkan tanah air, Siti terlebih dahulu telah menghadiahkan buah tangan terbaharunya, sebuah lagu raya berjudul Lip Lap Raya bagi menyemarakkan lagi sambutan Aidilfitri pada tahun ini.
Rata-rata peminat teruja dengan penerbitan lagu tersebut namun tidak kurang juga yang mengkritik karya berkenaan.
Ketika diminta memberikan komen tentang perkara itu, isteri kepada usahawan Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa itu terbuka terhadap sebarang reaksi peminat.
“Bagi saya, bagus ada yang memberi respons. Itu bermakna, mereka ambil berat dengan nyanyian dan hasil yang dibikin.
“Saya okay kalau peminat nak memberikan komen mereka dan sebagainya. Bagus untuk kita juga sebab kalau ada apa yang kurang selepas ini kita boleh perbaiki. Tapi yang penting, mereka suka lagu Lip Lap Raya.
“Apapun produk yang dihasilkan, kita sudah berbincang dan kita sama-sama sepakat dengan hasil akhirnya.
“Normal untuk orang komen dan memberikan pendapat. Mana yang suka, Alhamdulillah. Mana yang tak suka, mesti ada bahagian yang mereka rasa boleh jadi lebih bagus,” katanya kepada Media Hiburan.
Siti ditemui pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) pelantikan dirinya sebagai duta jenama pusat pengajian tinggi swasta, Binary University yang diadakan di Damansara, Selangor baru-baru ini.
Menerusi lantikan tersebut, Siti akan terlibat dalam pelbagai program tanggungjawab sosial korporat (CSR) yang diusahakan Binary University sehingga ia menjadi satu jenama global yang dihormati.
“Walaupun saya dikenali dalam bidang seni dan keusahawanan namun perkembangan dan keperluan akademik anak bangsa turut menjadi perhatian saya kerana ilmu adalah asas dan penggerak kehidupan untuk masa hadapan setiap individu,” kata Siti.
Terdahulu, Lip Lap Raya mendapat sentuhan Ajay Amai, Glow Rush, Karim Karam dan Mike Chan. Lagu tersebut mencipta kelainan apabila menggabungkan rentak inang, canggung dan diselitkan elemen dikir barat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Foto: Instagram Datuk Seri Siti Nurhaliza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bersempena ulang tahun perkahwinan yang kelima bersama suami, Mohd Solih Toha,54, pelakon Shima Anuar, 31, menikmati makan malam indah bersama.
Lebih manis, momen sama juga sebagai meraikan hari jadi ibu kepada dua cahaya mata itu.
Memuat naik beberapa keping foto di Instagram, Shima mengakui begitu cepat masa berlalu sepanjang tempoh lima tahun meniti hidup sebagai isteri dan ibu.
“5th Anniversary & My Birthday dinner. Sekejap je 5 tahun dah. Alhamdulillah. Happy anniversary suamiku.
“Semoga Allah merahmati rumahtangga ini hingga ke syurga. Aminnnn. I love you Mohd Solih sayang!,” tulisnya pada ruangan kapsyen.
Perkongsian bahagia itu turut disusuli dengan ucapan yang baik-baik dari para pengikutnya di ruangan komen.
Shima mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan itu pada April 2017.
Pasangan ini dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Marian Sophia, 3, dan Mikhael Iman, 2.
Terdahulu pada 17 Februari lalu, Shima berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia hamil anak ketiga.
Dalam pada itu, pelakon drama Suamiku Lelaki Pendosa terpaksa membatalkan semua tawaran berlakon bagi mengekang kandungannya terdedah kepada jangkitan Covid-19.
Bagaimanapun awal Mac lalu, dia kehilangan bayi akibat kandungan di luar rahim dan terpaksa menjalani pembedahan sebelum menerima rawatan di berada di ICU (Unit Rawatan Rapi) kerana kehilangan banyak darah semasa prosedur dijalankan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Anita Baharom mendedahkan dia reda dengan ketentuan Ilahi seterusnya cuba menjalani kehidupan seperti sedia kala bersama anak-anak selepas kematian suami yang juga penerbit, Ismadi Ismail pada 1 Januari lalu.
Menurut Anita, fokusnya kini hanya mahu menjalankan tanggungjawab sebagai ibu tunggal kepada tiga permata hatinya selain meneruskan komitmen dalam seni.
Perkongsian itu diceritakan Anita ketika diundang di dalam program Wanita Hari Ini di TV3, baru-baru ini.
“Alhamdulilah, saya meneruskan kehidupan selagi hidup dan menjalankan amanah yang Allah berikan untuk membesarkan anak-anak.
“Nak tak nak, saya kena jalankan tanggungjawab sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak. Dulu lain sekarang lain, dulu hanya sebagai seorang isteri di rumah tapi sekarang semua,” katanya sambil mengalir air mata.
Jelas ibu kepada tiga orang cahaya mata ini, memori bersama arwah suami sentiasa ada di dalam fikiran.
“Sebagai seorang beragama Islam, kita kena serahkan bulat-bulat kepada Allah SWT itu yang pertama. Kedua pula, anak-anak yang jadi sumber kekuatan kemudian sokongan daripada kawan-kawan.
“Kawan yang baik sanggup mendengar luahan hati kita, sebab macam saya lepas meluahkan saya rasa lega sekejap lepas itu.
“Bulan pertama selepas arwah meninggal, saya tak tahu kenapa tapi setiap pukul 6 pagi dan 6 petang saya akan menangis.
“Masuk bulan kedua, tempoh saya berehat untuk bertenang dan masuk bulan ketiga baru saya macam okey sikit selepas mula jalani penggambaran drama.
“Rupanya, saya kena sibukkan diri buat kerja dan sebagainya baru lah saya akan okey. Tapi walau macam mana pun, bila saya balik rumah nampak gambar arwah sahaja terus rasa sunyi itu datang,” luahnya lagi.
Terdahulu, Anita dan Allahyarham Ismadi mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2006 dan dikurniakan tiga cahaya mata, Syifa Dhia Nurina, Mohamad Dhia Iskandar dan Mohamad Dhia Mikail.
Allahyarham Ismadi menghembuskan nafas terakhir pada usia 50 tahun akibat penyakit kencing manis di kediamannya di Shah Alam.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...