Uncategorized

Lagu Di Matamu Cecah Lebih 1 Juta Tontonan, Semua Rasa Kesedihan Sufian Suhaimi

Share

Dugaan bertunang bukanlah sesuatu yang mudah buat setiap pasangan yang bakal mendirikan rumah tangga.

Adakalanya ia menjadi dan ada juga yang akan terputus ditengah jalan.

Itulah yang terjadi kepada pasangan Sufian Suhaimi dan Elfira Loy.

Walaupun Sufian tidak pernah keluarkan apa-apa kenyataan tentang betapa patah hatinya terhadap isu yang melanda terhadap hubunganya bersama Elfira, namun melalui posting dan lagu yang dikongsikannya cukup mengambarkan perasaannya yang sebenar.

Seperti yang semua tahu, Februari lalu Sufian ada mencipta lagu Di Matamu. Memang tidak dinafikan lagu tersebut cukup kena dengan perjalan hidupnya sekarang.

Hingga membuatkan ramai menganggap ia sebagai salah satu luahan hatinya terhadap kisah pertunangan mereka.

Sehingga kini video tersebut telah di tonton sebanyak lebih dari 1 juta tontonan.

Bagaimanapun Sufian pernah mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar memberitahu lagu ini sebenarnya telah dicipta tahun lalu sebelum berakhirnya hubungannya bersama Elfira seperti yang disangkakan.

Namun ia akan dilancarkan pada 23 Mac tarikh sepatutnya mereka berdua bernikah.

 

IKLAN