Categories: Uncategorized

Kylie Jenner Termuda dan Terkaya Dalam Forbes

Share

Forbes telah mrnyenaraikan selebriti dengan bayaran tertinggi di dunia pada tahun 2017.Setelah mempertahankan posisinya dalam daftar artis hip-hop terkaya, SEan Combs Alias P.Diddy muncul di tangga terats daftar tahunan majalah tersebut.

Namun, meraih kejayaan di usia muda bukan lagi sesuatu yang mustahil. Ini kerana Kylie Jenner sudah membuktikannya. Model juga personaliti TV berusia 19 tahun itu baru-baru ini dipilih sebagai selebriti termuda dalam senarai 100 selebriti terkaya di dunia versi majalah Forbes dengan aset bernilai USD41 juta (RM174.58 juta)! 

Kekayaan anak perempuan Caitlyn Jenner ini dihitung berdasarkan pendapatannya selama setahun lalu.

Kekayaan Jenner ini adalah hasil daripada rancangan realiti, syarikat kosmetik, tawaran penajaan dan juga jenama pakaiannya.

Ditempatkan di tangga ke-59, kejayaan ini juga amat menakjubkan kerana Jenner melangkaui nilai kekayaan selebriti yang lebih berusia dan lebih lama di dalam industri hiburan seperti Jennifer Lopez (No.65), Rihanna (No.77) dan Britney Spears (No.89).

Tambah hebat, pendapatannya itu tidak jauh berbeza dengan kakak tirinya, Kim Kardashian yang hanya 12 anak tangga di atas Jenner di tempat ke-47, dengan nilai aset USD45.5 juta (RM193.7 juta).

Tahun lalu, Kardashian berjaya menjadi satu-satunya keluarga Kardashian-Jenner yang memasuki senarai selebriti terkaya 2016, dengan hasil pendapatan sebanyak USD 51 juta (RM45,480,894).

Kylie Jenner juga turut berkongsi berita membanggakan itu di laman Twitter miliknya.

Bagaimanapun, ada juga netizen yang mempersoalkan kejayaan Jenner tersenarai Forbes. Kejayaan besar Jenner pada usia muda itu pasti mengundang banyak kritikan. Jenner telah dikecam hebat kerana jenama pakaian renang miliknya dikatakan meniru bulat-bulat rekaan seorang pereka fesyen di mana koleksi bikininya yang pernah dibeli oleh Jenner sebelum ini.

Selain itu juga, peminat barangan kosmetik keluaran syarikat Jenner, Kyliecosmetics juga mengatakan mereka kecewa dengan kualiti dan perkhidmatan pelanggan yang tidak konsisten.

 

Sumber : Twitter Kylie Jenner

IKLAN