Filem seram–thriller Taiwan, MUDBORN arahan pengarah terkenal Shieh Meng-Ju mencetuskan fenomena luar biasa sejak mula ditayangkan di seluruh Malaysia pada 27 November lalu.

Dalam masa singkat, karya ini berjaya mengutip lebih RM10 juta di Taiwan. Malah ia, turut mendapat sambutan baik di negara ini, menjadi antara filem seram berbahasa Mandarin paling ‘lit’ bagi tahun 2025.

Kejayaan tersebut mengukuhkan lagi kedudukan MUDBORN sebagai antara filem seram Cina paling laris tahun ini, membuktikan bahawa genre seram masih teguh di hati penonton Malaysia.

Diinspirasikan daripada lagu kanak-kanak terkenal “Ni Wa Wa, Ni Wa Wa, Yi Ge Ni Wa Wa…” (Anak Patung Tanah Liat), filem ini mengupas sisi gelap di sebalik melodi riang tersebut.

Antara bait yang sering mencetuskan perbualan ialah,

“Matanya tidak berkelip, mulutnya tidak berkata, dia bukan anak patung sebenar…”

Kutip RM10 Juta, MUDBORN Meledak! Jadi Filem Seram Mandarin 2025 Paling Laris Di Malaysia Kutip RM10 Juta, MUDBORN Meledak! Jadi Filem Seram Mandarin 2025 Paling Laris Di Malaysia Kutip RM10 Juta, MUDBORN Meledak! Jadi Filem Seram Mandarin 2025 Paling Laris Di Malaysia

Ads

Dari Patung Tanah Liat ke Sumpahan Purba!

MUDBORN mengisahkan seorang pereka permainan VR, Hsu-Chuan, yang membawa pulang anak patung tanah liat pecah yang ditemuinya di sebuah rumah tinggal berhantu.

Isterinya, Muhua iaitu seorang konservator artifak yang sedang hamil dan menjadi semakin obses memulihkan patung itu, tanpa menyedari setiap sentuhan membangkitkan sesuatu jauh lebih misteri.

Sejak patung itu berada dalam rumah, pelbagai gangguan aneh mula menghantui pasangan tersebut.

Dari bisikan halus, perubahan tingkah laku Muhua, hingga hilangnya ketenangan rumah tangga mereka dan semua ini membuatkan penonton turut merasai tekanan dan ketakutan yang menular.

Ads

Dalam keputusasaan, Hsu-Chuan mendapatkan bantuan seorang bomoh dan psikik, Ah-Sheng, yang akhirnya membongkar sejarah sumpahan tanah liat yang menakutkan itu.

Tragedi silam dan dendam yang tidak berpenghujung menjadi antara elemen yang menguatkan intensiti keseluruhan jalan cerita.

Filem ini menampilkan barisan pelakon hebat termasuk pemenang Anugerah Golden Horse, Yang Yo-Ning, serta bintang Hong Kong seperti Cecilia Choi, Derek Chang, Puff Kuo dan Joanne Tseng.

MUDBORN turut menggabungkan elemen VR, mistik tradisional, sumpahan purba dan gangguan supernatural, menjadikannya sebuah naskhah seram yang segar dan bertekstur unik.

Ads

Sebagai produk sinema Taiwan, ia membawa citarasa Asia Timur yang jarang disajikan dalam filem arus perdana.

Dengan visual yang kemas, kesan bunyi mendebarkan serta sinematografi terperinci memberi pengalaman menonton yang lebih memuaskan.

Dengan kutipan box office melebihi RM10 juta, MUDBORN juga membuktikan bahawa filem seram Mandarin mampu menyaingi kejayaan filem tempatan yang turut mencatat rekod membanggakan sebelum ini.

MUDBORN bukan sekadar menawarkan elemen seram, tetapi memaparkan obsesi, fragiliti hubungan manusia dan ketakutan terhadap perkara yang tidak terlihat.

Filem ini kini ditayangkan di seluruh pawagam Malaysia, sedia memberikan pengalaman seram yang mengusik jiwa serta meninggalkan bayangan ngeri yang sukar dilupakan.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads