
Jika wanita lain mempunyai obsesi terhadap barangan kemas dan eksesori mewah, lain pula ceritanya buat aktres jelita, Fasha Sandha.
Menurut Fasha, erti bahagia buat dirinya apabila dia dapat meluangkan masa bersama suami tercinta yang juga merupakan pelakon, Aidil Aziz.

“Erti kebahagiaan bagi setiap wanita memang berbeza. Ada yang bahagia bila dapat emas dan ada yang bahagia bila dapat beg mahal.
“Tapi untuk saya, ini adalah kebahagiaan saya. Saya kurang suka barang kemas, saya tak suka eksesori dan saya orang yang sederhana.
“Ini adalah erti kebahagiaan buat saya. Masa dan kasih sayang,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Rampas Cintaku itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram stories.

Posting tersebut turut memaparkan telatah mesra Aidil yang sedang mengurut kaki Fasha.
Tambah Fasha lagi,sebagai seorang yang bersederhana, hal-hal kebendaan ini bukanlah menjadi keutamaan di dalam hidupnya.
Sekadar informasi, Fasha dan Aidil telah mendirikan rumah tangga mereka pada Mac 2019 dan kini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira yang lahir pada 7 Ogos tahun lalu.

Hasil perkahwinan terhadulu bersama ahli perniagaan, Rizal Ashram Ramli, Fasha turut mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal dan Putri Raysha Jemyma.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bergaya ‘OOTD’ Ala Sporty, Al-Ikhsan Tawar Kempen Hebat Di Musim Cuti, Harga Mampu Milik Bermula RM29

Peruncit barangan sukan nombor 1 di Malaysia, Al-Ikhsan Sports, mengadakan kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ sempena meraikan pengakhiran 2022 dan menyambut kedatangan 2023.
Kempen ini memberi peluang kepada orang ramai khususnya rakyat Malaysia untuk menjadikan sukan bukan sekadar aktiviti malah sebagai gaya hidup masa kini.
A post shared by al-ikhsan SPORTS (@alikhsansports)
Al-Ikhsan Sports mengajak rakyat Malaysia untuk sama-sama bergaya “sporty” dengan koleksi pakaian serta barangan sukan tidak mengira situasi.
Sebagai sebuah jenama tempatan yang begitu dekat di hati rakyat Malaysia, Al-Ikhsan Sports berazam untuk menjadikan sukan sebagai sebuah gaya hidup dan juga mampu milik untuk semua.
Rangkaian produk Al-Ikhsan Sports adalah berkualiti tinggi dan juga direka khas untuk memenuhi keperluan pengguna kami di seluruh Malaysia.
Barangan di Al-Ikhsan bukan sahaja sekadar barangan sukan malah boleh dijadikan sebagai pakaian untuk bersantai di sepanjang percutian meraka.
A post shared by al-ikhsan SPORTS (@alikhsansports)
“Kempen ini menyediakan rangkaian lebih dari 10,000 barangan sukan bermula daripada RM29 dan ini belum pernah dilakukan oleh peruncit sukan yang lain sebelum ini,” kata Encik Vach Pillutla, Ketua Pegawai Eksekutif Al-Ikhsan Sports.
Dengan harga mampu milik, antara barangan Al-Ikhsan Sports utama yang akan diperagakan dalam kempen ini adalah jersi, topi, kemeja-T, hoodie, jaket, pelbagai jenis beg mudah alih, kasut sukan serta kasut santai.
Barangan keluaran Al-Ikhsan Sports sudah semestinya menjadikan #OOTD percutian mereka lebih bergaya dan menarik.
Menepati objektif tersebut, Al-Ikhsan Sports telah merangka pelbagai promosi bertema yang dijangka mampu menarik perhatian pencinta sukan tanah air.
Antara promosi menarik yang diadakan melalui kempen ‘Making Travelling Sportier since 1993’ ini adalah ‘Bundle Deals’, ‘12-12 Special’, ‘Clearance Sales’, dan promosi ‘New Year New You!’.
Kempen ini dijangka mampu memenuhi selera setiap lapisan rakyat dengan bajet mereka yang tersendiri.
A post shared by al-ikhsan SPORTS (@alikhsansports)
Untuk maklumat lanjut boleh layari platform digital Al-Ikhsan Sports dan Football Republic!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pengasas produk Skin Dessert, Zirra Abdullah mendakwa jualan produk hasilan mereka terjejas dan turun sehingga 60 peratus susulan terkait isu melibatkan foto yang dimuat naik di hadapan pejabat Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (SIRIM) sekaligus menimbulkan kontroversi, baru-baru ini.
Zira telah memuat sekeping foto dia bersama suami, Mohd Aliff Abd Kadir pada 4 Oktober lalu di hadapan pejabat SIRIM dengan kenyataan gambar mengatakan salah satu produknya Skin Desert Repairing Moisturiser sedang dalam proses menjalankan ujian produk.
Bagaimanapun, SIRIM menerusi akaun rasmi media sosial mereka membalas dengan memaklumkan SIRIM Berhad tidak pernah menjalankan sebarang pengujian terhadap produk keluaran mereka.
Selain jualan terjejas, isu itu menurut Zirra turut memberi kesan kepada emosinya.
“Dalam tempoh lebih kurang dua bulan ini, bermula kontroversi hangat diperkatakan sehingga kini, jualan yang selalunya boleh mencecah jutaan ringgit tidak lagi berlaku.
“Selain itu, saya menerima segala kecaman netizen serta mesej ugutan. Paling teruk, ada yang mahu mengancam keselamatan kami,” kata Zirra.
Susulan itu, jenama berkenaan mahu mengemukakan tindakan undang-undang terhadap SIRIM setelah komen berkenaan memberi kesan buruk terhadap bisnes yang dijalankan.
Menurut peguam mewakili mereka, Nur Nazuha Zohor Ali dari Tetuan Raidah Nazuha Law Chambers, kenyataan yang dibuat SIRIM menimbulkan keraguan yang tidak menggambarkan keadaan sebenar yang terjadi kepada umum.
“Komen SIRIM itu jelas bertentangan memandangkan pihak kami sudah membuat permohonan pengujian produk dan menghantar sampel produk kepada SIRIM pada 8 September 2022.
“Tindakan itu berpotensi menimbulkan fitnah yang merosakkan reputasi, integriti dan kebolehpercayaan awam secara umum oleh stokis, ejen serta pengguna terhadap jenama ini.
“Kenyataan agensi itu menyebabkan masyarakat mempunyai persepsi jenama ini ada agenda tersembunyi dan ia tidak boleh dipercayai,” jelasnya.
Nazuha menambah, pihaknya masih memberi peluang kepada SIRIM untuk menjelaskan semua tuntutan yang dikemukakan.
Ia berhubung dengan situasi pihak peguam yang mewakili institut itu masih dalam proses menunggu arahan lanjut dan jawapan SIRIM berhubung tuntutan Skin Dessert seperti dimaklumkan menerusi surat bertarikh 14 Disember 2022.
“Penjelasan semula SIRIM adalah penting memandangkan komen yang dibuat SIRIM di media sosial Zirra adalah kenyataan berniat yang tidak menggambarkan situasi sebenar kepada umum,” katanya lagi.
Zirra dalam pada itu berkata, isu berkenaan turut memberi kesan terhadap ejen dan stokis.
“Saya juga mengambil kesempatan di sini untuk memohon maaf kepada semua ejen serta stokis jika isu-isu yang melanda ini memberi impak negatif kepada mereka.
“Sepanjang tempoh isu ini mula tular, kami tidak membuat sebarang kenyataan kerana ingin menyelesaikan secara dalaman terlebih dahulu.
“Pada saya, ejen dan stokis inilah tulang belakang kepada kekuatan Skin Dessert selama ini. Tanpa mereka, belum tentu kami dapat mencapai sasaran jualan yang memberangsangkan dan mampu memberi semula imbuhan kepada mereka,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pengasas Asri Ahmad Academy, Datuk Mohd Asri Ahmad menasihatkan orang ramai supaya berwaspada dengan individu yang menggunakan media sosial untuk menyebarkan informasi yang mengelirukan.
Ia termasuk senario segelintir selebriti dan pempengaruh dalam mempromosikan produk pelaburan saham yang didakwa tanpa mengikut syariah.
“Ada segelintir masyarakat kita mempromosikan produk tak patuh syariah. Malah penglibatan influencer atau selebriti dalam pelaburan saham tidak patuh syariah juga membuatkan ramai orang keliru.
“Sebab itu pentingnya masyarakat untuk belajar tentang pelaburan saham ini dari saluran yang betul. Kita kena selidik dahulu produk syariah yang dipromosikan.
“Kalau nak tahu syarikat atau produk itu sah atau tidak sah, kenalah rujuk pihak berkuasa seperti Bank Negara sebelum terlibat dalam mana-mana produk,” katanya.
Serentak dengan itu, seramai 132 orang graduan telah menghadiri Majlis Penyampaian Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah di Grand Ballroom Hotel Tenera, Bangi pada semalam.
Modul pembelajaran khusus yang dipelopori Asri Ahmad Academy (AAA) bermula tahun 2021 ini telah mendapat pengiktirafan pihak UTMSpace dan terbukti releven untuk dipraktikkan dalam pasaran dan situasi sebenar.
Sijil Profesional Analisis Teknikal merupakan program kerjasama UTMSpace dan AAA yang mula ditawarkan pada tahun 2021 dan telah berjaya melahirkan 42 orang Profesional dalam bidang Analisis Teknikal.
Sijil Professional ini telah melahirkan pedagang saham yang mahir menggunakan teknik analisis teknikal yang diguna pakai oleh pakar-pakar pasaran saham seperti pengurus dana di seluruh dunia.
AAA turut menawarkan Sijil Profesional Pelaburan Syariah yang menitikberatkan kepada produk-produk patuh syariah di Bursa Malaysia yang dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih yang berpengalaman dan mahir dalam bidang masing-masing.
Majlis penyampaian sijil tersebut telah disempurnakan oleh Sr Ts Dr. Zakaria Mohd Yusof, Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE dengan disaksikan oleh Datuk Mohd Asri Ahmad, Nik Ihsan Raja Abdullah, Ahli Lembaga Pengarah International Federation of Technical Analysis (IFTA), dan Pengarah Urusan Murtadha Dakwah Centre, Ustaz Yaakub Yusra.
Bagi yang berminat dengan Sijil Profesional Analisis Teknikal dan Sijil Profesional Pelaburan Syariah ini boleh melayari laman web rasmi mereka.
Dalam majlis sama, AAA turut menandatangani Memorandum Persefahaman bersama Maahad Integrasi Madad (MIM) untuk berkongsi ilmu pelaburan saham kepada pelajar-pelajar tahfiz yang telah menamatkan pengajian.
Objektif program ini adalah untuk melatih golongan ini supaya mampu menguruskan kewangan disamping menjana pendapatan melalui pelaburan saham.
AAA akan bertanggungjawab dan memberikan komitmen dalam menyampaikan ilmu pelaburan kepada para pelajar tahfiz ini.
Malah, Sijil Professional ini mampu melahirkan pedagang saham yang mahir menggunakan teknik analisis teknikal yang diguna pakai oleh pakar pasaran saham seperti pengurus dana di seluruh dunia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

