Kucing Melly Goeslaw Mati Langgar Lari

Menerusi satu entri di akaun Instagram milik Melly Goeslaw, dilihat dia ada memuatnaik satu gambar menunjukkan kucingnya terbaring kaku berlumuran darah.

Dia juga turut mengatakan kucingnya mati akibat dilanggar lari oleh sebuah kenderaan di hadapan rumahnya sendiri.

Sayu sungguh hati tatkala membaca luahan isi hati penyanyi itu menerusi perkongsiannya.

IKLAN

“Sebelum azan Asar tadi kucing saya telah dilanggar kereta dan individu itu terus cabut lari. Tolong lah siapa pun yang langgar kucing saya, sepatutnya anda berhenti dan tanam kucing saya.

 

“Mudah-mudahan Allah mengampunkan perbuatan anda kerana tidak sengaja melanggar kucing saya,” tulis Melly pada rungan kapsyen gambar kucingnya.

Pelantun lagu Ku Bahagia itu yang telah berkongsi rasa sedihnya bersama peminatnya telah menerima lebih daripada 80,785 ribu likes setakat ini.

Rata -rata turut melahirkan rasa sedih Melly kerana kehilangan kucing tersayangnya yang diberi nama Jessica.

IKLAN

Melly sememang seorang pencinta kucing, tidak hairanlah dia telah membela banyak kucing di rumahnya.

Pasti bagi mereka yang memelihara haiwan kesayangan Nabi ini, akan tahu bagaimana sakitnya rasa kehilangan jika si comel itu pergi.

 

Main main sama ade ade #mellygoeslaw #cat #catlover #bulethecat

A post shared by Melly Goeslaw (@melly_goeslaw) on