Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah menitipkan ucapan penuh bermakna bersempena ulang tahun kelahiran anak sulungnya Ayden Adrean yang kini genap tujuh tahun.
Dalam nukilan yang dikongsikan di laman Instagram itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah menyifatkan Ayden sebagai sumber kekuatan buat dirinya meskipun berdepan dengan pelbagai ujian hidup.
“Buat anak lelaki mommy dan anak pertama yang dilahirkan, Ayden Adrian, tujuh tahun sudah umur kamu. Banyak sudah yang mommy lalui tapi kenapa mommy masih ada kekuatan sehingga hari ini, semuanya pun kerana kamu.
“Masih lagi mommy ingat, Allah SWT permudahkan urusan bersalin mommy. Masa mommy melahirkan Ayden, mommy bersyukur sangat kerana itu merupakan anugerah terindah.
“Mommy bersyukur ada Ayden di dalam hidup mommy,” luahnya.
Dalam pada itu, pelakon drama Aku Tanpa Cintamu ini turut menitipkan pesan buat anak lelakinya itu untuk sentiasa menjaga maruah dan mengutamakan keluarga.
Ads
“Ini sedikit ucapan dari mommy buat Ayden, jadilah lelaki yang baik, pintar, menghormati perempuan dan melindungi keluarga.
“Kuatkanlah imanmu anakku. Jadilah seseorang yang berguna dan memberkati orang-orang di sekeliling kamu dalam segala hal.
“Jadilah anak yang bertanggungjawab, berakhlak, menjaga maruah, berbakti kepada keluarga dan sesama manusia. Menjadi orang yang pintar, kaya dan tampan itu adalah bonus.
“Apa yang jauh lebih penting, mommy mahu Ayden jadi anak yang baik dan akan sentiasa mendoakan kamu menjadi orang yang baik, ikhlas. In sha Allah, pasti ramai menyayangimu dan hidup lebih tenang,” kongsinya lagi.
Ads
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen tersentuh dengan ucapan tersebut selain turut menitipkan kata-kata semangat buat Bella untuk membesarkan anak-anaknya itu sebagai ibu tunggal.
“Kenapa saya ikut terharu dan menangis? Perasaan ibu-ibu juga ke ni? Selamat hari lahir Ayden. Pandai betul jaga mama.
Ads
“Tengok ibu, mak saudara, nenek dan atuk Ayden, semuanya baik dan beradap. In sha Allah semoga Allah pelihara Ayden dan Ara daripada anasir-anasir jahat.
“Ala mommy, amin untuk segala doa yang baik. Semoga baik-baik sahaja buat kamu.
“Ma sha Allah, Ayden anak yang bijak dan comel. Makin handsome. Semoga Bella tabah. Selamat hari lahir Ayden. Semoga barokah usiamu dan sentiasa di dalam rahmat Allah,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Bella dan bekas suaminya yang juga merupakan pelakon dan penyanyi Singapura Aliff Aziz telah pun bercerai buat kali yang kedua pada 13 Jun lalu.
Hasil perkongsian hidup itu, Bella dan Aliff dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mohamed Ayden Adrean dan Ara Adreanna.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Beg tangan wanita dipercayai milik Allahyarham Nur Farah Kartini Abdullah ditemui ketika operasi pencarian bahan bukti dilakukan, di Sungai Trolak Kampung Batu, Perak, pada Khamis.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan ketika dihubungi mengesahkan berhubung penemuan bahan bukti itu.
“Ya. Beg wanita dipercayai kepunyaan mangsa,” katanya ketika dihubungi.
Media sebelum ini melaporkan operasi pencarian baki bahan bukti kes pembunuhan Nur Farah Kartini diteruskan di sebuah lagi lokasi kira-kira 20 minit dari Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor.
Hussein berkata, operasi tersebut bagi mencari bahan bukti dipercayai barangan peribadi milik mangsa.
Pada hari sama, Hussein turut mengesahkan pihaknya menemukan telefon pintar dipercayai milik mangsa yang dibuang di dalam parit di ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang di sini.
Isnin lalu, mayat Nur Farah Kartini ditemukan di kawasan ladang kelapa sawit di Kampung Sri Kledang, Hulu Selangor, kira-kira jam 6 petang.
Susulan itu, suspek lelaki berusia 26 tahun yang juga bekerja sebagai anggota polis ditahan pada hari yang sama.
Suspek kemudian direman tujuh hari sehingga 22 Julai depan untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Kalau sudah namanya rezeki… Itulah situasi yang boleh digambarkan apabila usahawan yang juga jutawan tudung Bawal Exclusive, Haliza Maysuri terharu selepas menerima hadiah mewah daripada suaminya, pada Isnin.
Kejutan tersebut dibuat bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-47 di The St Regis, Kuala Lumpur yang dihadiri lebih 200 tetamu jemputan.
Menerusi video yang dikongsikan di media sosial, Haliza menerima sebuah kereta mewah jenis BMW SUV XM Label Red bernilai RM1.6 juta bersama sekalung tasbih emas 916 yang ditempah khas berharga RM30,000.
“Tak.. Saya tak tahu. Terima kasih banyak suami,” katanya ringkas sambil terkejut.
Majlis serba mewah itu turut diserikan dengan persembahan daripada penyanyi, Dayang Nurfaizah.
Sementara itu menerusi hantaran di Instagram, Haliza mengharapkan lebih banyak hal yang indah dalam kehidupannya selepas ini.
“Tetaplah menjadi peribadi yang selalu belajar tidak terbang dengan pujian, tidak tumbang dengan cacian, tetap tenang dalam ujian dan teruslah berusaha dalam diam.
“Satu lagi tahun yang indah telah berlalu. Semoga apa saja yang menanti di tahun hadapan diberikan kemudahan.
“Saya cintakan diri saya. Saya bangga dengan diri saya,” jelasnya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Pelakon dan penyanyi, Nonny Nadirah, 34, mengejutkan pengikutnya apabila memuat naik rakaman wanita yang bercukut kepala, sekaligus tampil dengan imej hampir botak.
Menerusi potongan video di Instagram, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin memuat naik wanita miripnya yang memakai cermin mata hitam terlebih dulu dilihat membuka baju, dipercayai hanya memakai pakaian dalam sebelum memotong rambut dengan mesin pencukur.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...