Categories: Uncategorized

Kourtney Dan Kim Kardashian Bergaduh Pula Di Twitter, Tapi…

Share

Selebriti Realiti TV, Kourtney Kardashian memuat naik status mengenai pergaduhan epiknya bersama Khloe semasa tayangan perdana musim terbaru, Keeping Up With The Kardashian semalam.

Dalam episod itu, mereka sedang berselisih pendapat mengenai satu fotoshoot hingga melibatkan Kourtney.

Walaupun mereka sudah berdamai namun nampaknya masih ada yang tidak puas hati hinggalah Kourtney ‘tweet’ mengenai perkara itu.

“Melihatkan pergaduhan itu membuatkan saya rasa seram sejuk. Kami semua ada keutamaan masing-masing. Saya sebagai seorang ibu,” tulisnya.

Ternyata Kim tidak bersetuju dengan kenyataan Kourney itu.

“Dan saya pula tidak? fotoshoot itu adalah bersama anak-anak! Keutamaan saya adalah sebagai seorang ibu dan saya juga boleh melakukannya, sama seperti kamu,” tulisnya.

Kourtney kemudian membalas ‘tweet’ Kim itu menjelaskan maksud sebenar di sebalik ‘tweet’nya sebelum ini.

“Saya faham, tapi saya bukannya mahu lebih banyak kerja, saya sudah terlalu ‘letih’. Menjadi seorang ibu yang baik membawa maksud yang bebeza pada kita berdua.

“Kamu adalah seorang ibu yang terbaik dan saya tidak ingin ‘mengambil’nya dari kamu,” jelasnya.

Pergaduhan di Twitter itu menarik perhatian peminat mereka, malah ada juga yang memberikan komen ‘respect’ kepada mereka kerana memiliki ikatan kekeluargaan yang kuat walaupun ada perbezaan pendapat.

“We ride or die! Tapi saya tidak boleh menerima cara kami mengkritik dan menghukum sesama sendiri. Diri saya sendiri tidak menyukainya,” katanya

Turut bersetuju dengan kenyataan Kourtney itu adalah Kim.

“Jangan salah sangka! Hubungan saya, Kourtney dan Khloe sentiasa baik! Jangan pernah mempersoalkannya,” tulisnya lagi.

Pada MH, famili mereka memang penuh dengan drama pun tapi macam mana pun mereka tetap akan menyokong antara satu sama lain!

Sumber: E! News

IKLAN