Penyanyi Korie tetap berpuas hati dengan usaha dan prestasinya sepanjang menyertai program Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), meskipun namanya diumumkan sebagai peserta tersingkir, malam tadi.
Bagaimanapun, Korie atau nama sebenarnya Azahari Aminuddin memohon maaf sekiranya dia menghampakan harapan peminat yang ingin melihatnya melangkah lebih jauh dalam saingan tersebut.
“Sebenarnya, saya sertai GV12 ini untuk mencabar diri. Saya tahu saya bukanlah penyanyi yang baik untuk sampai ke pentas akhir.
“Namun, saya tetap cuba yang terbaik. Pada saya, dapat melangkah sehingga minggu keenam ini pun sudah satu pencapaian yang besar.
“Saya mengecewakan mereka yang mengharapkan saya mara hingga ke final. Namun, saya tetap bersyukur dengan rezeki Allah ini. Di GV12 ini, saya belajar banyak perkara baharu.
“Saya ini seorang yang pemalu tapi saya cuba lawan perasaan itu. Walaupun lagu-lagu yang saya bawakan itu bukan forte saya, tapi saya tetap cabar diri. Malangnya, perjalanan dan tahap saya sampai di sini sahaja,” katanya kepada MH.
Penyanyi Pergilah Sayang itu berkata demikian selepas tamat konsert minggu ke-6 GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam, pada Ahad.
Kesihatan Merosot Jejas Persembahan, Tapi…
Dalam masa sama, Korie mengakui masalah kesihatan yang dialami ketika ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada fokus dan persembahannya.
Ads
“Sudah dua minggu saya alami demam dan ia memang sangat mengganggu. Bila jumpa doktor, mereka maklumkan ini adalah ‘viral fever’. Demamnya sekejap ada dan sekejap hilang.
“Ada satu ketika itu, saya bangun tidur, saya rasa sangat sihat. Saya pun gembira kerana dapat kembali fokus bertanding.
“Bila saya tidur semula, keesokkannya demam itu datang kembali sehingga hari ini. Minggu lepas pun saya sudah demam tapi ia masih baru dan kesannya belum terasa. Semakin lama, demam semakin teruk.
“Masalah kesihatan ini juga yang ganggu persembahan saya malam tadi,” ujarnya lagi.
Walau tidak lagi mara ke minggu seterusnya, Korie tetap optimis dan mendedahkan sudah menerima pelbagai tawaran selepas penyertaannya dalam GV12.
Ads
“Saya sebenarnya sudah terima banyak tawaran persembahan. Malah, saya juga ada mendapat tawaran untuk mencipta lagu buat artis-artis lain.
“Alhamdulillah, GV12 ini satu platform yang sangat baik walaupun saya tersingkir. Saya rasa bekas-bekas peserta lain juga rasa hal yang sama.
“GV12 ini platform untuk artis seperti kami buat kemunculan semula dan terus berjuang dalam bidang seni. Saya akan terus aktif selepas ini. Lagipun, pekerjaan ini sahajalah yang saya tahu,” ujarnya.
Korie juga tidak menolak kemungkinan kembali bergandingan bersama kakaknya, Ratu Rock tanah air, Ella, yang bakal mengadakan konsert mega di Stadium Nasional Bukit Jalil tahun hadapan.
Ads
“Kita belum ada perancangan untuk keluarkan single duet bersama. Namun, tawaran untuk membuat persembahan bersama itu memang ada. Semoga Ella juga sering-sering ajak saya menyanyi sekali nanti.
“Doa-doakanlah. Buat persembahan di Stadium Bukit Jalil memang merupakan salah satu impian saya,” akhirinya.
Terdahulu, Korie yang membawakan lagu Belum Siap Kehilangan nyanyian Steven Pasaribu meraih markah terendah sebanyak 58.50%.
Tempat pertama pula menjadi milik Nubhan dengan markah 74.00%.
GV12 bersiaran secara langsung dari MBSA Shah Alam mulai 2 November 2025, setiap Ahad, jam 9 malam menerusi Astro Ria (saluran 104), serta boleh ditonton melalui strim On Demand di Astro GO dan sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama selesa hidup sendiri.
Erra atau Fazira Wan Chek, 51, menegaskan keputusan itu bukan kerana dia terdesak mencari pasangan, sebaliknya lebih kepada fitrah manusia yang mahukan teman hidup untuk mengharungi masa depan.
Menurutnya, apabila usia semakin matang, keinginan untuk ada seseorang yang boleh menjadi tempat berbicara, berkongsi kisah dan menjadi teman bercerita semakin kuat.
“Kalau nak tunggu yakin mungkin akan banyak bisikan yang menakutkan tambah pula saya sudah selesa hidup sendirian.
“Mr E pun sudah hidup solo selama lapan tahun. Masing-masing sudah rasa selesa. Tapi akhirnya, fitrah manusia di peringkat usia seperti ini mahu berteman. Jadi biarlah kami buat cara yang betul dan diredai.
’Kami bukan di dalam situasi terdesak mencari pasangan tapi lebih kepada memikirkan jangka masa yang panjang untuk nak berteman dan kawan bicara di hari tua kelak,” katanya.
Erra berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran lagu Cinta Abadi 2025 yang berlangsung di Courtyard by Marriot, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Dalam masa sama, Erra turut mendedahkan, kedua-dua keluarga telah bertemu enam minggu lalu dalam satu majlis ringkas menghantar cincin tanda.
Menurut penyanyi Jendela Hati itu, mereka terlebih dahulu berbincang sebelum yakin untuk membawa hubungan ke peringkat keluarga.
“Kedua-dua keluarga kami sudah bertemu enam minggu lalu untuk menghantar cincin tanda.
“Sebelum itu, kami berdua berbincang terlebih dahulu dan apabila semuanya sudah yakin dan pasti, barulah kami berjumpa dengan keluarga masing-masing.
“Saya harap perkahwinan ini yang terbaik, terindah dan penutupnya,” ujarnya.
Menyentuh respons anak tunggalnyq pula, Engku Aleesya, Erra berkata gadis itu serta bakal anak tirinya memberi reaksi positif tanpa sebarang bantahan.
“Alhamdulilah kedua-dua anakanda kami sangat positif dan mereka bersyukur malah ikut sahaja perancangan kami. Tiada bantahan dari anak-anak.
“Anak saya pun sudah berusia 16 tahun, semuanya sudah difikirkan. Jadi atas pendekatan itu kami ambil keputusan untuk bersatu,” katanya lagi.
Sebelum ini, Erra mengesahkan bakal bernikah dengan jejaka pilihannya, Ezwan Zain, pada 12 Disember ini. Erra juga dilihat tidak dapat menahan sebak ketika mengumumkan berita bahagia itu.
Terdahulu, hubungan pasangan ini mula dihidu selepas Erra memuat naik ucapan romantis buat Ezwan pada Januari lalu.
Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan usahawan Engku Emran pada 25 Oktober 2007 sebelum berpisah pada 18 Februari 2014.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juara Dewi Remaja 2025, Nylea mengakui dia selesa bergelar peserta underdog atau kurang diberikan perhatian sepanjang bertanding dalam program realiti popular itu.
Menurut Nylea atau nama sebenarnya Nylea Adzlan, situasi tersebut memberikan kelebihan untuk dirinya dalam mencipta elemen kejutan ketika peserta lain kurang melihat dirinya sebagai pencabar utama.
“Anda mungkin nampak saya sangat bertenang tapi sebenarnya dalam hati ini, sentiasa berdegup kencang.
““Namun, perasaan seperti ini sudah sebati dengan saya kerana orang selalu fikir saya ini ‘underdog’.
“Ke mana sahaja saya pergi, orang lain selalunya tak risaukan mengenai kemampuan dan kelebihan saya. Namun, mentaliti seperti ini ada kebaikan.
“Ketika episod pertama misalnya, anda boleh bertanya sendiri kepada para dewi lain. Mereka tak takut dengan saya.
“Namun, selepas cabaran episod kedua, barulah mereka perasan kemampuan saya. Mereka tahu saya juga patut diberikan perhatian. Saya ada elemen kejutan walaupun bergelar ‘underdog,’” katanya kepada MH.
Anak jati Kuala Lumpur itu ditemui selepas tamat pentas akhir Dewi Remaja 2025, baru-baru ini.
Dinobatkan sebagai juara, Nylea menyifatkan segala pengorbanan berbaloi walaupun kini dia sedang membahagikan masa untuk menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
“Ketika ini, saya masih di dalam proses untuk menamatkan pengajian. Pada masa sama, saya akan berusaha mengejar impian dalam dunia lakonan.
“Saya tidak akan ke tepikan pelajaran. Ia penting untuk persediaan masa hadapan saya. Jika saya tidak berjaya dalam dunia hiburan, saya masih boleh bekerja dalam dunia korporat.
“Ketika ini, saya sedang di tahun akhir pengajian dan dijangka akan tamat pada tahun hadapan. Malah, ketika bertanding di Dewi Remaja 2025 ini, saya juga sedang giat siapkan thesis akhir.
“Agak susah untuk bahagikan masa. Saya juga kurang waktu tidur. Namun, saya sedia berkorban untuk sesuatu yang saya minat. Saya bahagikan masa sebaiknya,” ujarnya lagi.
Ditanya bagaimana dia ingin bersaing dengan pelakon muda lain sedangkan tidak mempunyai asas lakonan, Nylea yakin dia mampu memberikan yang terbaik dan belajar dengan cepat.
“Untuk pengetahuan semua, untuk kedua-dua cabaran lakonan di Dewi Remaja 2025, saya berjaya mendapat nombor satu. Itu kerana saya seorang cepat belajar secara visual.
“Ketika cabaran lakonan air mata, saya buat ulangkaji dan rujukan terhadap pelakon-pelakon yang handal. Lalu, saya cuba gunakan teknik mereka. Itulah cara saya memenangi cabaran ini.
“Walaupun saya tiada pengalaman dalam bidang lakonan, inilah salah satu cara saya untuk cuba tembusi pasaran industri,” akhirinya.
Pada pentas akhir Dewi Remaja 2025, Nylea dinobatkan sebagai juara dan membawa pulang hadiah utama berupa wang tunai RM15,000, mahkota, selempang dan trofi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira yang bakal melangsungkan pernikahan bersama Ezwan Zain atau Mr E pada 12 Disember ini, berkongsi dirinya dirisik oleh usahawan berkenaan kira-kira enam minggu lalu.
Erra, 51, menerima sebentuk cincin emas daripada calon suaminya dalam sebuah majlis ringkas yang dihadiri kedua-dua belah keluarga.
“Keluarga kami bertemu dalam sebuah majlis sederhana dan dirisik menerima cincin sebagai tandq,” ujarnya.
Erra berkata demikian sewaktu ditemui pada majlis pelancaran video muzik Cinta Abadi 2025, di Courtyard by Marriot Puchong, pada Selasa.
Erra menambah, sebelum proses merisik itu berlangsung, mereka sebenarnya telah bersepakat untuk mendirikan rumah tangga sejak bulan Jun.
“Sekitar Jun lalu kami setuju untuk melanjutkan hubungan dengan menikah,” katanya lagi.
Bertemu media pada sesi pengumuman tarikh bahagia tersebut, Erra yang tidak mampu menahan air mata, turut berkongsi bahawa pernikahan bersama Mr E mendapat restu anak perempuannya, Engku Aleesya.
“Kedua-dua anakanda kami, Sofea dan Aleesya merestui keputusan kami untuk berkahwin,” kata Erra.
Untuk rekod, Aleesya ialah anak hasil perkahwinan kedua Erra bersama Engku Emran, manakala Mr E turut memiliki seorang anak daripada perkahwinan terdahulu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nubhan memaklumkan dirinya akan sentiasa menyokong apa sahaja bidang yang ingin diceburi oleh bekas isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek, termasuk jika wanita itu berhasrat untuk menceburi bidang seni.