Uncategorized

“Korang Nak Aku Pakai Kopiah Baru Boleh Accept Apa Aku Cakap Ke,” – Redza Minhat

Share

Pelakon, Redza Minhat berbeza pendapat dengan beberapa netizen berkaitan isu perkahwinan bawah umur yang hangat diperkatakan kini.

Menerusi perkongsian di laman Twitter, kelihatan ada beberapa netizen yang berpendapat berbeza dengan pelakon filem KIL itu seterusnya membawa kepada satu debat yang hangat.

“Apa cadangan utk mengelakkan zina? Jgn pandai kutuk pandangan org je,” soal netizen tersebut.

 

“Dah jawab. Soalan anda irrelevant, had umur perkahwinan tiada kena mengena dengan zina. Meningkatkan had umur is to protect children, to solve ‘zina’ – kerajaan harus fikir cara lain. Unless kalau orang Islam percaya kahwin = seks semata mata. You’re a doctor, you should know.

 

“Kalau kau buat kajian, ada correlation between kemiskinan dengan masalah sosial. You want to solve masalah sosial, improve the lives of the people, start with education and welfare. Kahwinkan anak kau sebab kemiskinan or takut berzina just perpetuates the cycle.

 

“Children need to be in an environment where they believe that the future will be better for them. To have that, you need to solve the now, which means to not let them worry about love, food, shelter, education in the now.

 

“Do you think a 10 year old girl who looks forward to the future will agree to be married off to a 40 year old man as a second wife? Or a teenager with a bright future will risk that for short term happiness such as unsafe sex or drugs?

 

Of course, providing a safe environment is primary responsibility of the parents but some do fail and this where intervention is needed. Kahwinkan anak sebab takut dia berzina is not providing that safe space, itu idea kuno, pemalas tak mahu fikir. Sekian,” balas Redza.

Bagaimanapun, ada juga netizen lain yang tidak bersetuju dengan Redza serta menekankan bahawa perkahwinan itu tidak haram.

“Nope,I disagree with you,Kalau Allah x ckp bnda tu TAK HARAM,Mmg Ada sbp yg lagi logic dari ape yg u hurai Kan di atas…kenapa manusia zaman skrg taksub untuk pertahan kan humanity yg bersifat Kan duniawi Dan membelakang kan hukum Islam,” soal netizen itu pula.

Susulan itu, Redza meluahkan rasa kesal apabila ada segelintir netizen yang seakan tidak boleh menerima hujahnya hanya kerana dia tidak ‘berkopiah’.

“This is where Melayu Muslims got it really wrong. Naikkan umur perkahwinan ke 18 bukan mengharamkan apa yang halal. It’s a matter of control. There’s no age limit set in the Quran for a reason. Korang nak aku pakai kopiah baru boleh accept apa aku cakap ke?,” soalnya.

Sebelum ini, pelakon, Sharifah Sakinah ada menyuarakan pendapatnya mengenai perkahwinan bawah umur dengan cara perlian. Ternyata, aktres itu juga tidak bersetuju sekiranya had umur minimum perkahwinan diturunkan kepada 14 tahun bagi perempuan dan 16 tahun bagi lelaki.

Foto/Instagram: Redza Minhat

IKLAN