Uncategorized

“Korang Boleh Benci Lagu Kpop, Jangan Hina Orang Meninggal!” Caprice Selar Sikap Anti-kpop!

Share

Sejak tersebarnya berita tentang kematian vokalis SHINee, Jonghyun ramai netizen yang berkongsi rasa sedih terhadap apa yang menimpa penyanyi ini.

Mengalami masalah kemurungan yang teruk, dia mengambil keputusan untuk ‘berehat selamanya’ dari dunianya.

Namun walaupun ada yang bersimpati atas nasib penyanyi ini, ramai juga yang mengambil kesempatan untuk menghentam tindakkannya.

Ada yang berkata buat apa nak diberi semipati pada orang-orang sebegini dan ada juga menjadikan alasan ‘kpop’ untuk terus menghina pemergiannya.

Ada juga yang mempersoalkan dan mempersendakan isu kematian ini hanya kerana berlainan agama. Melampau!

Tetapi kebanyakan yang melakukan perkara tidak bertanggungjawab ini merupakan golongan anti-kpop.

Sedar dengan apa yang terjadi, salah seorang penyanyi dan rapper Malaysia, Caprice turut berkongsi kesedihan dan menegur segelintir anti-kpop yang melampau-lampau bila berkata tentang kematian Jonghyun ini.

Melalui sebuah video yang dikongsikan olehnya baru-baru ini, Caprice memberitahu akaun instagramnya telah diserang oleh golongan ini kerana tidak bersetuju dengan perkongsiannya tentang kematian idol kpop.

“Korang boleh benci lagu kpop, tak de hal bro! Tapi jangan menghina orang yang meninggal,” jelasnya di dalam video berdurasi 1 minit.

Caprice juga minta semua pengikutnya membayangkan sekirannya segala kata-kata yang dilemparkan menjadi ‘agama’ kita pula, bagaimana rasanya?

Tambahnya, tindakan sebegini sama seperti apa yang president Amerika, Donald Trump lakukan untuk menyebarkan rasa benci terhadap dunia Palestine.

Malah, Caprice mempersoalkan apa bezanya sikap segelintir masyarakat yang suka menghentam dengan orang yang dibenci sangat itu?

Sebelum menamatkan video, Caprice juga sempat memberitahu jika kita mahu ‘gegarkan dunia’ kita perlu meninggalkan sesuatu contoh yang baik.

Apapun MH setuju dengan kata-kata dari Caprice. Jika tidak minat kpop itu terpulanglah, tetapi janganlah sehinggakan kematian seseorang pun nak dikecam dan permainkan.

Perkongsian ini telah mendapat pelbagai feedback dari orang ramai dan rata-rata mereka juga turut bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh caprice.

IKLAN