Categories: Uncategorized

Konon Tupac Shakur Masih Hidup & Berada Di Malaysia, Ini Respon Rapper Kita. Biar Betul?

Share

Semalam, pengguna media sosial digemparkan dengan berita lagenda rap Amerika Syarikat, Tupac Syakur yang dikabarkan masih hidup dan kini sedang berada di Malaysia.

Kenyataan itu dibuat sendiri oleh anak Surge Night di mana bapanya itu merupakan individu terakhir yang dilihat bersama Tupac sewaktu penyanyi tersebut ditembak mati pada 1996.

Menerusi entri tersebut, Suge J Knight mendedahkan Tupac sebenarnya masih hidup dan kini dipercayai bersembunyi di Malaysia.

Suge juga ada berkongsi video terkini tentang keberadaan Tupab di bumi Malaysia.

Berita tersebut bukan sahaja menggemparkan dunia malah seluruh penggiat musik hip hop termasuklah rappers daripada Malaysia.

Menerusi entri yang dikongsikan oleh rapper, Joe Flizzow, sekiranya Tupac berada di Malaysia, dia ingin sekali menjemput penyanyi tersebut untuk muncul di dalam rancangan 16 Baris terbitannya.

Dalam pada itu, Joe juga meminta supaya orang ramai berhenti untuk bertanyakannya tentang lokasi Tupac kerana dirinya sendiri tidak tahu akan perkara tersebut.

Manakala, Aman Ra pula dengan nada bergurau memberi tahu Tupac kini berada di rumah lagenda rap negara, Malique.

Dalam pada itu, menerusi sebuah tweet yang dimuat naik oleh syarikat rakaman Malique, Qarma Music mereka mendedahkan Tupac kini selamat dan ada bersama mereka.

Namun, sehingga kini motif sebenar Suge J Knight memuat naik kenyataan sedemikian masih tidak dapat dipastikan. Mengapa harus melibatkan Malaysia? Adakah ini juga merupakan salah satu konspirasi?

Persoalannya ketika ini, adakah benar Tupac masih hidup?

Foto: Instagram Joe Flizzow, Aman Ra, Qarma Music

IKLAN