Uncategorized

Kongsi Gambar Mirip Ajay Devgan, Ifa Raziah ‘Stim’ Tengok Zizan Razak?

Share

Semalam, pelakon dan pelawak Zizan Razak ada memuat naik gambar terbaru dengan gaya yang hampir sama dengan hero Bollywood, Ajay Devgan di Instagram.

Katanya, dia sendiri tidak menyangka wajahnya ada iras-iras seperti hero tersebut yang popular dengan filem Singham.

Gambar tersebut bukan sahaja mendapat lebih 100,000 tanda suka malah turut dihujani lebih 2000 komen.

Diruangan komen, rata-rata peminat bersetuju dengan pendapat Zizan itu dan turut menasihatinya untuk mencari pasangan yang sama cantik sepert isteri Ajay Devgan iaitu Kajol.

Namun, antara komen yang paling mencuri tumpuan netizen adalah daripada penyanyi Ifa Raziah yang secara terbuka memberi tahu dia ‘stim’ melihat gambar Zizan tersebut.

Ternyata komen ‘nakal’ Ifa itu telah mengundang reaksi yang pelbagai daripada segelintir pihak.

Bagi MH, mungkin niat Ifa itu hanyalah untuk mengusik Zizan semata-mata kerana seperti diketahui umum Ifa juga merupakan seorang yang kelakar dan suka bergurau.

Foto: Instagram

IKLAN