Penyanyi dan pelakon, Elyana mencuri perhatian ramai apabila memuat naik foto dirinya yang tampil botak di Instagram dengan disertakan kapsyen penuh makna dan menyentuh hati.
Dalam perkongsiannya itu, Elyana atau nama sebenarnya Erneelya Elyana Emrizal, 38, mendedahkan hanya diri sendiri yang memahami apa yang dilalui dalam kehidupan.
“Proses kehidupan kita, hanya kita yang lalui, hanya kita yang tau… Bermatian-matian berusaha untuk nampak tenang dan waras tanpa bercerita,” tulisnya.
Tambah Elyana lagi, setiap insan perlu sentiasa percaya pada nilai diri sendiri tanpa mengira kekurangan mahupun kelebihan yang dimiliki.
“Pesanku untuk teman seperjuangan…. keluar dari kelompok yang hanya bercakap pakai air liur… Biarkan mereka, mereka belum pernah rasa.
“Kau berharga, dan kau cukup layak untuk selalu dirayakan. Tidak peduli dalam kurang atau lebihmu.
Ads
“Tetaplah menjadi orang yang baik walau mereka menghina mu tidak baik,” luahnya lagi.
Sementara itu menerusi Insta Stories, Elyana turut berkongsi perasaannya terhadap pihak yang menyebarkan cerita buruk mengenai dirinya.
Ads
Namun, dia memilih untuk tidak membalas dengan kebencian, sebaliknya menyerahkan semuanya kepada kefahaman individu yang mendengar.
“Jika akhirnya kamu mendengar cerita buruk tentang diriku dari mereka, fahamilah aku juga pernah baik pada mereka.
“Cuma mereka tidak menceritakan bahagian itu,” kongsi penyanyi Niat itu yang pantas menerima reaksi positif rakan selebriti serta peminat yang terus mendoakan kesihatannya.
Ads
Sebagai rekod, Elyana pernah mendedahkan pada tahun 2017, ketika menyertai program Gegar Vaganza, dia merupakan pesakit kanser limfoma tahap empat.
Namun, berita gembira diumumkan dua tahun lalu dia disahkan sudah bebas daripada kanser yang dideritainya selama 11 tahun.
Untuk rekod, Elyana mendirikan rumah tangga bersama ahli perniagaan, Khairul Anuar Husin, pada tahun 2010 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Cinta Sumayyah, 14, serta seorang anak angkat, Cahaya Ramadhani, 6.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Uqasha Senrose tampil mempertahankan adik iparnya, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, berhubung dakwaan segelintir netizen yang kononnya gelaran ‘Datuk’ yang diterima suami kepada Nelydia Senrose itu ‘dibeli’.
Menurut Uqasha, gelaran tersebut adalah berasaskan kepada pencapaian serta sumbangan Hafez dalam dunia perniagaan dan pembangunan.
“Bila saya dengar ramai yang kata gelaran Datuk itu sebenarnya dibeli, apa yang boleh saya bagitahu, suaminya itu memang seorang usahawan yang banyak berjasa.
“Suami Nelydia juga banyak membuat projek perumahan dan pembangunan. Jadi, dia memang ada memberikan sumbangan yang besar dalam bidangnya.
“Takkanlah tiba-tiba sahaja diberikan gelaran Datuk. Kalau nak beli, sudah lama dia boleh beli. Bukan baru sekarang,” katanya kepada MH.
Uqasha berkongsi pandangan tersebut ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Munajjim: Sekutu Iblis di TGV KLCC, Kuala Lumpur.
Tidak hanya bangga dengan pencapaian iparnya, Uqasha turut meluahkan rasa gembira dan berbangga dengan gelaran baharu adiknya, Nelydia, yang kini bergelar Datin secara automatik selepas suaminya menerima anugerah Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP).
“Sebenarnya, yang dikurniakan gelaran Datuk itu adalah suaminya. Jadi, secara automatik Nelydia juga mendapat gelaran Datin.
“Sejujurnya saya memang berbangga. Bukan senang nak ada adik yang merupakan seorang Datin. Malah, saya juga merupakan ‘Puan Seri’,” selorohnya.
Terdahulu, Mohd Hafez Halimi antara 58 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Ke-66, Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Dalam perkembangan kerjaya, Uqasha membintangi filem seram terbaharu Munajjim: Sekutu Iblis bersama barisan pelakon hebat seperti Farid Kamil, Mustaqim Bahadon, Sherie Merlis dan Ruzaidi Abdul Rahman.
Filem berkenaan akan mula ditayangkan bermula 31 Julai ini di pawagam seluruh negara.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masih dibayangi trauma daripada insiden lalu, penyanyi dan penulis lagu, Aisha Retno mengakui bukan sesuatu yang mudah untuk dirinya menerima tawaran daripada pihak penganjur, LOL Asia bagi menjayakan showcase solo ‘The Aisha Experience’. Showcase itu dijadual berlangsung pada 20 September ini di Jio Space, Petaling Jaya.
Namun begitu, Aisha atau nama penuhnya Sharifah Aisha Retno Sayed Sipulijam menjelaskan, dia perlu beranikan diri dan tidak boleh terus-menerus larut dalam kesedihan.
“Pada awalnya, saya agak ragu-ragu untuk menerima tawaran konsert ini. Saya bukan ragu-ragu kepada pihak lain tapi lebih kepada diri sendiri.
“Adakah saya bersedia dari segi mental dan fizikal? Sejujurnya saya memang terkesan dengan insiden yang berlaku sebelum ini. Saya agak trauma.
“Sampai bila saya nak trauma? Nanti apa-apa kerja pun tak boleh buat. Waktu tetap berjalan dan usia saya juga sudah semakin meningkat.
“Tidak logik untuk berehat terlalu lama disebabkan kesedihan ini,” katanya kepada MH.
Perkongsian tersebut dibuat ketika ditemui pada majlis pelancaran mini albumnya, Rehab serta pengumuman rasmi mengenai Showcase The Aisha Experience.
Penyanyi lagu Sutera ini menambah, tujuan utama penganjuran showcase tersebut sebagai ruang untuk menghargai karya-karya dalam album mini terkininya.
“Perancangan showcase dan mini album ini berjalan seiring. Showcase ini adalah perayaan untuk album saya ini.
“Malah, ia juga bukan untuk membalas dendam disebabkan konsert yang tidak jadi sebelum ini.
“Berbulan-bulan saya buat keputusan sebelum terima tawaran ini.
“Syarat yang saya letakkan adalah untuk membuat showcase secara kecil-kecilan sahaja. Saya tak mahu terlalu bercita-cita tinggi.
“Ini juga cara saya untuk menghargai peminat yang kini semakin bertambah. Kalau bukan sekarang, bila lagi?” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Zizi Kirana tampil menjelaskan kekeliruan yang timbul susulan beberapa hantaran lama miliknya di laman sosial, sehingga ada pihak yang membuat spekulasi yang tidak berasas.
Zizi, atau nama sebenarnya Nur Fazelah Mad Tahil, 40, menjelaskan, luahan yang dikongsikan menerusi platform Threads sebelum ini tidak sepatutnya disalah tafsir dan bukan merujuk kepada sebarang isu peribadi.
“Saya dimaklumkan bahawa beberapa status lama saya di Threads serta video TikTok dari tahun 2022 telah diambil dan dijadikan bahan perbualan semula.
“Bagi saya, perkara-perkara itu ditulis dan dikongsikan pada waktunya. Bukan untuk dijadikan naratif hari ini.
“Saya menulis dan berkongsi sebagai seorang manusia sama seperti kalian. Bukan untuk dijadikan babak tambahan dalam cerita sesiapa,” luahnya.
Perkara tersebut dikongsikan oleh Zizi menerusi Insta Stories, pada Khamis.
Dalam kenyataan sama, Zizi turut menegaskan, sejak dari awal penglibatannya dalam dunia seni, dia tidak pernah campur aduk urusan kerja dengan hal peribadi.
“Saya percaya, seni yang tulen dan jujur tak perlukan kisah peribadi sesiapapun.
“Sejak awal penglibatan saya dalam dunia seni, saya memang memilih untuk tidak mencampuradukkan hal kerja dan peribadi,” jelas Zizi.
Tambahnya lagi, dia juga memilih untuk tidak mengulas lanjut tentang isu yang timbul dan menyerahkan segala-galanya kepada takdir serta doa yang baik.
“Saya memilih untuk tidak mengulas panjang. Cukuplah saya terus mendoakan yang baik-baik untuk semua, termasuk diri saya sendiri,” luahnya.
Sebelum ini, timbul spekulasi apabila Zizi dan Yusuf dikatakan tidak lagi mengikuti satu sama lain di media sosial.
Untuk rekod, Zizi dan Yusuf mendirikan rumah tangga pada 19 September 2021 selepas mula berkenalan ketika sama-sama terlibat dalam program hiburan All Together Now Malaysia.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.