Uncategorized

Kongsi Foto Sambut Hari Janmashtami, Ramai Persoalkan Agama Shah Rukh Khan?

Share

Pelakon Bollywood, Shah Rukh Khan memuat naik foto menyambut hari Janmashtami di Instagramnya, semalam.

“Happy Janmashtami to everyone. May the msg of love and happiness spread far and wide today and forever,” tulisnya.

Susulan itu, di ruangan komen kelihatan ramai yang mempersoalkan agama pelakon filem Kabhi Kushi Kabhie Gham itu.

 

Bagaimanapun, ramai juga yang mempertahankan Shah Rukh Khan mengatakan bahawa dia adalah orang India dan tidak salah sekiranya dia ingin menyambut hari tersebut.

Sebagai info, Hari Janmashtami adalah festival di India yang menyambut hari kelahiran tuhan Krishna iaitu avatar kelapan Vishnu.

Foto/Instagram: Datuk Shah Rukh Khan

IKLAN