Categories: Uncategorized

Kongsi Foto ‘Pregnancy Test’ Di IG, Shima Anuar Preggy Lagi?

Share

Pelakon, Shima Anuar semalam memuat naik foto dipercayai ‘pregnancy test’ di laman Instagramnya semalam.

Dengan hanya kapsyen berupa ‘urmm’, perkongsian Shima itu meninggalkan tanda tanya kepada peminat.

Bagaimanapun, di ruangan komen dihujani dengan ucapan tahniah oleh para peminat dan rakan artis.

Namun begitu, foto itu kemudiannya dipadam aktres tersebut.

Sebelum ini, Shima berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohd Solih Toha pada 8 April 2017 dan dikurniakan seorang puteri bernama Marian Sophia pada 12 Disember tahun lalu.

Foto/Instagram: Shima Anuar

IKLAN