
Nama pelakon, Nora Danish kembali menjadi perhatian apabila timbul spekulasi kononnya aktres itu didakwa kini sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mickey Ayo.
Desas-desus ini mula tercetus selepas Nora atau Nora Mohd Danish Hanif
, 43, memuat naik foto seorang lelaki berkopiah di Instagram miliknya, baru-baru ini.Malah, ada segelintir netizen yang cuba mencari latar belakang lelaki berkenaan yang dipercayai seorang perunding kewangan berjaya.
Ada juga netizen yang mulai meninggalkan komen terhadap beberapa hantaran yang dibuat lelaki berkenaan di Instagram.
Nora turut dilihat ada meninggalkan tanda suka pada hantaran lelaki itu, sekali gus menguatkan lagi andaian peminat.
Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama
Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum berpisah pada 19 Jun 2024.Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata,
Mohamed Neqayl, 7.Nora juga pernah bertemu jodoh dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayqal yang kini berusia 17 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini