Nama pelakon, Nora Danish kembali menjadi perhatian apabila timbul spekulasi kononnya aktres itu didakwa kini sedang hangat menjalin hubungan cinta dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Mickey Ayo.
Desas-desus ini mula tercetus selepas Nora atau Nora Mohd Danish Hanif, 43, memuat naik foto seorang lelaki berkopiah di Instagram miliknya, baru-baru ini.
Malah, ada segelintir netizen yang cuba mencari latar belakang lelaki berkenaan yang dipercayai seorang perunding kewangan berjaya.
Ada juga netizen yang mulai meninggalkan komen terhadap beberapa hantaran yang dibuat lelaki berkenaan di Instagram.
Nora turut dilihat ada meninggalkan tanda suka pada hantaran lelaki itu, sekali gus menguatkan lagi andaian peminat.
Ads
Ads
Sejarah Perkahwinan Nora
Untuk rekod, Nora pernah mendirikan rumah tangga bersama Nedim Nazri pada 30 Mac 2017 sebelum berpisah pada 19 Jun 2024.
Ads
Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl, 7.
Nora juga pernah bertemu jodoh dengan Jejai pada 20 Jun 2006 dan bercerai pada 10 Julai 2008.
Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai seorang anak lelaki, Putra Rayqal yang kini berusia 17 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia perfileman antarabangsa kehilangan seorang lagi legenda apabila aktor dan pengarah tersohor Hollywood, Robert Redford disahkan meninggal dunia pada usia 89 tahun.
Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Sundance, Utah semalam, dikelilingi ahli keluarga terdekat. Kenyataan rasmi wakilnya memaklumkan Redford meninggal dunia dalam tidur, namun punca kematian tidak diperincikan.
Sepanjang lebih enam dekad berkarya, Redford dikenali menerusi filem-filem klasik termasuk Butch Cassidy and the Sundance Kid, The Sting, All the President’s Men dan The Way We Were.
Beliau kemudian membuktikan keupayaan sebagai pengarah apabila karyanya Ordinary People pada 1980 meraih trofi Oscar bagi kategori Pengarah Terbaik.
Selain cemerlang di layar perak, Redford memberi sumbangan besar kepada pembangunan sinema bebas apabila menubuhkan Sundance Institute dan menganjurkan Sundance Film Festival yang sehingga kini menjadi medan penting melahirkan generasi baharu pengarah filem.
Dedikasinya terhadap seni turut seiring dengan perjuangan beliau dalam isu alam sekitar serta kebebasan bersuara.
Dalam kehidupan peribadi, Redford pernah mendirikan rumah tangga bersama Lola Van Wagenen pada 1958 dan dikurniakan empat cahaya mata. Redford kemudian berkahwin dengan artis kelahiran Jerman, Sibylle Szaggars yang menemaninya sehingga ke hujung hayat.
Pemergiannya mendapat reaksi pilu daripada rakan seangkatan. Jane Fonda menyifatkan dirinya tidak henti menitiskan air mata atas kehilangan sahabat lama itu, manakala Meryl Streep menggelarnya sebagai “singa besar” yang telah pergi.
Industri hiburan menyifatkan Redford sebagai figura berjiwa seni yang menghubungkan antara dunia komersial dan sinema bercita-cita tinggi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anak kepada pasangan pelakon Norman Hakim dan Abby Abadi, iaitu Danish Hakim, enggan mengulas panjang mengenai khabar angin yang mendakwa rumah tangga adiknya, Marissa Dania bersama Ahmad Aslam kini sedang bergolak.
Menurut Danish, meskipun ramai melihat hubungan mereka rapat, namun pada ketika ini dia dan Marissa sudah mempunyai kehidupan masing-masing.
“Biarlah saya jawab secara padat dan ringkas. Saya sebenarnya banyak tak tahu mengenai hal adik saya.
“Walaupun kami ini adik beradik dan ramai lihat kami rapat, tapi kini dia sudah ada kehidupan sendiri. Begitu juga dengan saya.
“Lagipun, Marissa juga seorang perahsia. Jadi, saya banyak tak tahu. Walaupun sebagai abang, saya memang kena ambil tahu tapi inilah hakikatnya,” katanya kepada MH.
Danish berkata demikian ketika ditemui di acara Viu Royal Night yang berlangsung di W Factory Event Space, Shah Alam, pada Khamis.
Katanya lagi, dia juga tidak mahu memberikan tekanan kepada Marissa dan menyerahkan kepada orang lebih dewasa untuk memberi nasihat.
“Sudah tentu saya akan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Marissa dan ahli keluarga yang lain.
“Kami memang selalu berjumpa tapi ada perkara yang kita tidak bercerita terlalu dalam.
“Ada perkara yang kita simpan sendiri. Mengenai hal rumah tangga, dia jarang berkongsi dengan saya. Kalau boleh, saya pun tak mahu masuk campur kerana ini hal sensitif.
“Saya pun tak nak rosakkan kesihatan mentalnya. Saya memang bersimpati dengan apa yang dia lalui. Buat masa sekarang, saya hanya mampu doakan yang terbaik.
“Pada saya, ada orang yang lebih baik dan layak untuk menasihati Marissa seperti ibu dan bapa saya. Sebagai abang, saya juga sentiasa menyokongnya dari belakang,” ujarnya.
Dalam masa sama, Danish memohon agar semua pihak menghormati privasi Marissa, terutama membabitkan isu rumah tangga.
“Saya tahu mengenai status mereka tapi dari pihak saya, tapi saya tak boleh nak dedahkan. Kena tanya Marissa sendiri. Takutnya nanti saya pula dikata memandai-mandai,” kongsinya lagi.
Mengulas tentang keluarganya yang sering menjadi perhatian umum, Danish mengakui sudah terbiasa dengan situasi itu.
“Pada awalnya, saya memang mudah terasa bila orang bercakap mengenai keluarga saya. Namun, dari masa ke semasa, saya kena terima bahawa ini realiti kehidupan saya.
“Lama-kelamaan, saya sudah terbiasa dan anggap ia seperti makanan harian. Ia sudah tidak menjadi hal sangat. Apa nak jadi, jadilah.
“Pergi mana-mana pun orang memang kenal saya ini anak Norman Hakim dan Abby Abadi,” akhirinya.
Terdahulu, Marissa bernikah dengan Ahmad Aslam sebagai isteri kedua selepas mereka berkahwin di Songkla, Thailand, pada Disember 2023.
Ketika itu, Aslam sudah pun memiliki seorang isteri, Umisya, serta tiga cahaya mata.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Emma Maembong menafikan dakwaan dia bakal mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.
Kenyataan itu dibuat selepas tular sebuah video di media sosial yang memaparkan dirinya bersama teman, DJ Kidd mengenakan busana perkahwinan ketika menghadiri sebuah majlis, baru-baru ini.
Menurut Emma, dia dan DJ Kidd hanya sedondon mengenakan sepersalinan songket berwarna coklat bagi menghormati permintaan tuan rumah yang mahu para tetamu hadir mengikut tema yang ditetapkan.
“Tak baik fitnah saya. Mana ada orang rehearsal pakai baju pengantin di tempat umum. Itu bukan saya fitting baju kahwin. Takkanlah saya nak fitting baju secara terbuka di khalayak ramai pula.
“Sebenarnya, saya hanya mengikut tema majlis tersebut. Temanya adalah busana tradisional atau baju perkahwinan. Setiap tetamu datang secara berpasangan dan mereka mengenakan baju tradisional.
“Seperti contoh, Kak KM datang dengan busana Minang Kabau. Bila saya mengenakan busana tradisional, ramai pula yang ingat saya nak berkahwin. Saya belum nak berkahwin lagi,” katanya kepada MH.
Emma berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis tayangan perdana episod akhir drama terbitan Viu, Seadanya Kitayang berlangsung di W Factory Event Space, Shah Alam pada Jumaat.
Sementara itu, pelakon filem Frontliner ini enggan mengulas lanjut mengenai dakwaan kononnya dia kini lebih terbuka berkongsi tentang hubungannya bersama DJ Kidd, terutamanya di media sosial.
“Seperti yang saya katakan, saya hanya mengikut tema. Temanya meminta para tetamu datang secara berpasangan. Perkara itu memang sudah tertulis di dalam teks jemputan.
“Bukanlah nak kata saya kini sudah semakin terbuka namun, saya merasakan ini perkara biasa sahaja. Sebelum ini, saya pernah maklumkan yang saya enggan terlalu mengulas dan memperbesarkan perkara ini.
“Kalau ada (jodoh), adalah. Lagipun, saya merasakan diri saya kini sudah tua. Berita-berita mengenai diri saya sudah tidak eksklusif lagi,” katanya lagi.
Meskipun ramai peminat mengharapkan dia kembali dipertemukan jodoh, Emma menegaskan dia tidak tergesa-gesa untuk melangkah ke fasa perkahwinan.
“Kita beri peluang kepada kisah artis lain dahulu. Biarlah kisah mereka jadi perhatian. Bila tengok pasangan lain bahagia, saya juga tumpang gembira,” ujarnya.
Untuk rekod, Emma pernah mendirikan rumah tangga dengan Muhammad Shazli Azhar pada 2020 namun berpisah pada Oktober tahun lalu.
Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Shariq Gabriel dan Shakil Aryan Shah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Suasana meriah di Fiesta Mega Raya 2026 di Sabah International Convention Centre (SICC), kelmarin bertukar cemas seketika apabila seorang peminat wanita dilihat tiba-tiba pengsan...