Uncategorized

Komen Ibu Aisyaah Aziz, Rambut Kuning Terang

Share

Wow, nampaknya Aisyaah Aziz kini tampil lain dengan rambut yang berwarna kuning terang persis Hayley Wiliams.

Penyanyi kelahiran Singapura ini turut memuat naik beberapa foto penampilannnya yang baru dengan kapsyen new hair who dis 

#budakyellow.

Rata-rata pengikutnya berkata warna itu sesuai dengan dirinya. Ada juga memuji keberanian Aisyah tampil dengan imej rambut berwarna menyerlah. Ruangan komen di instagram juga dihujani pelbagai reaksi memuji perubahan tersebut.

Perkongsian adik kepada pelakon Meh Sandar Lagi itu itu telah menerima lebih daripada 8,261 likes setakat ini.

Bagaimanapun, ramai masih tertanya-tanya kenapa adik kepada penyanyi Aliff Aziz ini mengambil keputusan untuk mewarnakan rambutnya itu.

Apa yang menarik, foto terbaru itu turut mengundang Ummi kepada Aisyaah , iaitu Fiza Aziz yang turut meninggalkan komen pada entri tersebut.

“OMG !!! TERKEJUT UMI KAK !! @aisyaah_aziz “

Kenyataan ibu Aisyaah tersebut bermakna dia tidak tahu bahawa anaknya itu akan mewarnakan rambut seterang itu. 

Aisyaah yang juga bekas peserta program Akademi Fantasia 2013 (AF 2013) juga sering dilihat mewarnakan rambutnya dengan warna yang unik

Terdahulu, pelantun Pilihan Sejati ini juga mewarnakan rambut dengan gabungan ungu dan kelabu mengundang reaksi pelbagai pihak dan katanya ia dibuat secara spontan.

Dalam perkembangan terbaharu, Aisyah turut dicalonkan dalam beberapa kategori di Anugerah Planet Muzik (APM 2017) yang akan berlangsung Oktober depan.

Antaranya kategori yang dicalonkan ialah Lagu Terbaik Singapura, Duo/Kumpulan Terbaik menerusi lagu Senyum Saja bersama Haikal Ali, Ikon Media Sosial dan Artis Paling Popular Singapura.

 

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN