Majlis hari bahagia penyanyi popular, Wany Hasrita bersama suaminya, Mohd Al-Adib Fahmi Harun, 30, yang dilangsungkan di sebuah premis acara di Damansara Perdana, Petaling Jaya pada Jumaat turut dihadiri rakan artis.
Antara selebriti yang sama-sama meraikan pasangan raja sehari termasuk Neelofa dan suami, Haris Ismal, Nabil Ahmad, Naim Daniel, Uyaina, Ara Johari dan ramai lagi.
Aktres Janna Nick yang mengenakan persalinan putih turut sama berkongsi ucapan tahniahnnya buat Wany dan Adib.
Penyanyi dan pelakon popular, Ayda Jebat baru-baru ini berkongsi rasa cinta dan sayang buat anak sulungnya, Ana Nayla yang kini mencecah usia 10 bulan.
Menurut Ayda, dia serba salah kerana perlu meneruskan komitmen terhadap kerjaya tetapi pada masa sama rasa sedih kerana tidak dapat untuk isi masa bersama permata hati sepenuhnya.
Perkara tersebut dikongsikan bintang filem Pinjamkan Hatiku ini menerusi Insta Stories.
“Minggu busy. Kerja back to back. Keluar pagi, balik pagi. Tidur tak tentu lagi. Orang tengok hidup kita senang, yang susah dan gigih bekerja kita kita je tau.
“Hari ini balik awal, baby terbangun tidur, nampak je Mommy terus senyum. Haih.. saya cair.. saya nangis. Sedih tak dapat spend time and jaga Baby, sorry,” tulisnya.
Ayda pada masa sama akui semua yang dilakukan adalah demi memberikan yang terbaik buat anaknya, pada masa depan.
“Mommy and Daddy Bil (Nabil Mahir) kerja. For you ya sayang. Better future for you insya-Allah. Only the best for you. Love you so much @ananaylaofficial,” titipnya.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan pengacara, Fikry Ibrahim tidak dapat menahan sebak sehingga menitiskan air mata apabila ditanya mengenai keadaan terkini ibunya, Bibi Zaleha, 74 yang setelah diserang penyakit ‘minor stroke’ sekitar dua tahun lalu.
Maklum Fikry, buat masa ini dia ulang alik dari Kuala Lumpur ke Jitra, Kedah bagi memberi sepenuh perhatian menjaga ibu tersayang.
“Buat masa ni, memang sukar untuk saya terima tawaran tempoh masa komitmen yang panjang sebab saya sekarang tengah menjaga ibu saya.
“Sehingga ke hari ini, saya masih lagi berulang-alik dari Kuala Lumpur ke Kedah untuk jaga mak saya yang sedang sakit “minor stroke’.
“Jadi sebab itu sekarang saya dah kurang main media sosial dan lebih banyak bahagikan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Bermaksud, saya lebih fokus kepada mak saya,” katanya.
Fikry atau nama sebenarnya Ahmad Fikry Ahmad Ibrahim menambah, situasi yang berlaku telah membuatkan dirinya sedar bahawa duit tidak boleh memberikan kebahagiaan.
Tambahan pula, ibunya kini turut berdepan dengan masalah ingatan akibat daripada penyakit yang dialaminya itu.
“Sekarang saya percaya yang duit tidak boleh beri kebahagiaan dan jika satu hari nanti dia sudah tiada duit yang saya kerja tu sia-sia lah.
“Apabila dia sakit, dia sering mengimbau balik ke memori zaman dia muda, jadi ingatan dia sudah tidak lagi seperti dahulu.
“Sewaktu pertama kali dia kena “minor stroke’, ada satu masa tu dia pernah lupa nama saya. Sepanjang saya hidup, mak saya tak pernah lupa nama saya.
“Oleh sebab itu, saya sebolehnya tak nak benda itu terjadi lagi dah. Selagi dia hidup, saya nak jaga dan tak nak menyesal suatu hari nanti.
“Isteri saya boleh ganti, kawan saya boleh cari, anak boleh buat baharu tapi ibu tetap satu-satunya,” luahnya lagi.
Sebelum ini, Fikry memaklumkan mengenai keadaan ibunya yang diserang penyakit ‘minor stroke’, sekitar Mac tahun lalu.
Ekoran situasi yang berlaku, pelakon berusia 28 tahun ini terpaksa menunda segala komitmen kerja di ibu kota bagi memberi sepenuh perhatian kepada ibunya.
Fikry berkongsi hal tersebut ketika ditemui sejurus Sidang Media Pencarian Dewi Remaja 2022 di Z Botanica by Nicsmann, One Utama.
Menerusi sidang media tersebut, Fikry sebagai hos tetap program berkenaan.
Pencarian Dewi Remaja 2022 bakal ditayangkan selama lapan episod bermula 16 Julai depan, pada setiap hari Sabtu jam 9 malam di saluran Astro RIA.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Klinik yang menjadi perhatian di era pandemik COVID-19, Kumpulan Megaklinik Zahran (KMZ) terus mencipta sukses apabila klinik itu menerusi pucuk pimpinannya, Datuk Mohd Nafidz Haji Abdul Razak selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) meraih gelaran Emerging CEO Of The Year daripada Global Business Leadership Award 2022.
Anugerah berkenaan itu terus menjadi aspirasi buat Mohd Nafidz untuk memacu dan memimpin KMZ lebih dinamik lagi terutama dalam membantu masyarakat peka terhadap penjagaan kesihatan diri.
Bertapak sejak tahun 2013, cawangan klinik itu bercambah pesat dari satu cawangan ke cawangan lain dan sudah 24 cawangan dibuka menjelang 2022.
“Selepas kita bergelut dan masih dihantui dengan COVID-19, dunia termasuk Malaysia sendiri didatangi dengan penularan virus penyakit lain pula termasukInfluenza, denggi, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) serta demam viral serta macam-macam lagi.
“Justeru usaha kami untuk berjuang dan sama-sama melawan penyakit tidak terduga di samping masyarakat ini tidak akan pernah ternoktah. Kita hanya mampu berusaha dan memanjangkan ikhtiar semoga kesembuhan menyebelahi diri.
“Kita saling memerlukan. Ibu bapa sendiri berjuang dengan anak yang sakit. Warga emas yang kurang upaya turut menagih perhatian keluarga. Kesemua golongan ini sentiasa menjadi sasaran utama kami yang ingin sentiasa dibantu,” kata Mohd Nafidz.
Justeru dalam usaha memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluurh masyarakat, KMZ terus mengukuhkan program pelesenan dan kreativiti model perniagaan di dalam sektor kesihatan.
“Impian saya dan seluruh warga kerja mahu menjadikan KMZ sebagai platform ‘bantu masyarakat’ di samping mendidik kepimpinan dan keusahawanan kepada semua barisan usahawan pelesenan kamu.
“Kami mahu terus berbakti dengan menjadi agen kesihatan yang menyediakan platform perkhidmatan kelas pertama di mana-mana bagi kemudahan pesakit.
“Kami mahu bantu memudahkan masyarakat dengan perkhidmatan saringan pandu lalu 24 jam, klinik mobil ke lokasi untuk pesakit yang tak boleh keluar rumah. Walaupun tak mudah untuk mengadakan servis ini, namun ia tetap diusahakan untuk diadakan setiap hari termasuk hujung minggu dan juga cuti awam,” katanya.
Mohd Nafidz menambah, semua cawangan KMZ turut beroperasi pada sambutan Hari Raya Aidiladha lalu serta cuti perayaan lain.
“Dedikasi dan pengorbanan warga kerja KMZ amat saya hargai dalam terus membela nyawa serta tahap kesihatan masyarakat.
“Saya sendiri sangat optimis dengan kewujudan lebih banyak cawangan di serata semenanjung Malaysia dan pasukan yang kini mencapai bilangan anggota lebih 400 orang.
“Tentunya semua itu akan menjadi aset utama kepada perjuangan saya sekali gusmemberikan yang terbaik buat masyarakat dan negara,” katanya.
Mohd Nafidz juga berharap impian dan cita-cita menterjemahkan KMZ atas paksi amal dan kemanusiaan juga dapat direalisasikan kelak.
“Besar harapan saya untuk membuka klinik percuma kepada golongan miskin dan asnaf suatu hari nanti. Ini juga cara kami memberi semula kenikmatan diperoleh kepada mereka yang tidak bernasibbaik.
“Saya percaya proses memberi semula kenikmatan diperolehi ini membawa keberkatan seperti mana kita berkongsi rezeki atau bersedekah. Moga impian ini akan lekas jadi kenyataan,” katanya.
Terdahulu, sekitar Februari lalu, KMZ meraihkejayaan membanggakan apabila dinobatkan sebagai The Brandlaureate-Bumiputera Best Brand Award’ kategori Healthcare Integrated Private Clinic 2022.
Kejayaan demi kejayaan diperolehimenjadi penanda aras baru dalam iltizam dan perjuanga sebagai satu jenama Bumiputera yang terbaik di Malaysia.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rsmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...