Uncategorized

“Kita Tengok Ramai Sangat Yang Nak Jadi Penyanyi Sekarang. Jadi Saya Kena Cari Kelainan…” – DSV

Share

Kejayaan single pertama berjudul I Am Me daripada pengasas kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV) memberi semangat buat usahawan ini untuk menghasilkan single kedua yang mungkin jauh lebih baik daripada lagu sulungnya itu.

Berkata kepada MH, DSV terbuka menerima setiap pandangan yang diberikan daripada pencinta muzik di negara ini.

Malah, kejayaan I Am Me yang pernah menjadi siulan ramai tidak lama dulu membuktikan bahawa dia perlu mencari kelainan demi memastikan single seterusnya kekal menepati cita rasa ramai.

“Oh ya, lagu kedua harus ada. Cuma kita tengah pilih nak nyanyi lagu genre apa pun tak tahu lagi. Tengoklah kalau nanti kita cuba nyanyi lagu slow ke. Saya kalau boleh nak cuba pelbagai genre lagu. Sebab kalau kita tengok, ramai sangat yang nak jadi penyanyi sekarang.

 

“Jadi mahu tidak mahu, saya perlu cari kelainan untuk single kedua. Meski lagu first tak berjaya capai target 100 juta views, tapi saya gembira sebab lagu tu orang selalu nyanyi di pusat karaoke, masa bangun pagi dan di persembahan zumba,” katanya optimis kepada MH.

Terdahulu, muzik video untuk single I Am Me kini telah pun ditonton hampir 1.5 juta kali di YouTube. Tahniah DSV. Okaylah tu kan?

 

IKLAN