Berikutan kemelut rumah tangga yang berlaku sejak empat tahun lalu, pelakon Puteri Sarah Liyana, akhirnya nekad memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya yang juga pengarah, Syamsul Yusof, di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, pagi ini.
Menurut Sarah, dia bersyukur kerana segala urusannya telah pun dipermudahkan.
Malah, dia juga turut mendedahkan tarikh sebutan pertama tuntutannya bakal diadakan sehari sebelum ulang tahun perkahwinannya yang ke-9.
“Alhamdulillah syukur, segalanya sudah selesai difailkan. Saya sangat lega kerana satu beban sudah pun dilepaskan. 10 hari lagi saya akan menunaikan umrah. Semoga saya akan tenang sahaja bila di sana nanti.
“Kalau ikutkan, tahun ini sudah cukup sembilan tahun usia perkahwinan kami. Sebenarnya, tarikh 7 Mac yang mahkamah berikan untuk proceeding memang cukup significant kerana 8 Mac itu genap ulang tahun perkahwinan kami.
“Ia memang satu kebetulan. Alhamdulillah, cukuplah sembilan tahun saya menjadi isteri kepada Muhammad Syamsul. Nampaknya sudah tiada rezeki lagi perhubungan kami,” katanya kepada MH.
Meskipun tarikh tersebut mempunyai simbolik tersendiri, namun Sarah memaklumkan dia sudah tidak mempunyai apa-apa rasa berhubung tarikh keramat tersebut.
Ads
“Saya tak rasa apa-apa dah. Saya rasa kita mulakan perkahwinan ini 8 Mac dan kita akhirkan juga pada 8 Mac,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, peguam Syarie yang mewakili Puteri Sarah, Datuk Akberdin Abdul Kader memberitahu, segala urusan pda hari ini telah pun berjalan dengan lancar.
“Urusan semua berjalan lancar. Kita dah failkan permohonan untuk cerai. Mahkamah telah putuskan tarikh sebutan pertama pada 7 Mac tahun ini.
“Sebelum itu kita akan serahkan saman kepada defendant, Syamsul Yusof dan dia perlu hadir pda tarikh tersebut. Itu adalah tindakan pertama kami,” katanya.
Ditanya dia sedia berdepan untuk melalui proses mahkamah yang panjang, Puteri Sarah berkata, dia lega kerana sudah melakukan prosedur sepatutnya.
Ads
“Saya tidak kisah jika kes ini berlarutan. Namun apa yang penting saya lega sudah memfailkan perceraian hari ini.
“Malah Syamsul sendiri sudah sedia maklum mengenai perkara ini selepas dia tidak menyekat saya di media sosial.
“Dia ada ajak saya berbincang, bagaimanapun ia belum berlaku memandangkan masing-masing masih sibuk dengan penggambaran.
“Dia juga ada menghubungi saya semalam, tapi saya tidak boleh mendedahkan apa mesej yang dihantar,” katanya lagi.
Ads
Sementara itu, Puteri Sarah menjelaskan kedua-dua anaknya masih belum dimaklumkan mengenai proses hari ini.
“Anak-anak saya masih kecil dan rasanya mereka masih belum memahami apa yang terjadi. Mereka baik-baik saja dan kini sedang dalam penjagaan keluarga dan belah mentua,” katanya.
Media sebelum ini melaporkan Puteri Sarah nekad untuk memfailkan tuntutan cerai selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan terbaik, selain enggan bermadu selepas
Syamsul membuat pengakuan bernikah dengan Ira Kazar sebagai isteri kedua baru-baru ini.
Puteri Sarah dan Syamsul mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata, Syaikul Islam, 5, dan Summayah, 3.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik Di Sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Puteri Sarah Liyana mendedahkan anak pertamanya, Syaikhul Islam ada bertanya mengenai perkembangan bapanya, pengarah Syamsul Yusof.
Berkongsi perkara tersebut di Insta Story sebentar tadi, Puteri Sarah turut mendakwa anak lelakinya itu juga tanya, mengapa bapa mereka mempunyai individu lain.
“Baru balik daripada photoshoot. Sampai-sampai rumah, Syaikhul asked me, ‘mama betul ke ayah kawin lain?’ Sebab tu ke ayah dah lama tak balik rumah? Kenapa ayah ada orang lain? How do u answer to a 6 year old boy? I’m speechless,” tulisnya.
Dalam pada itu, Puteri Sarah turut menitipkan nasihat buat golongan lelaki yang memperjuangkan poligami.
“Kepada lelaki-lelaki selfish di luar sana tu, isteri nak kena jawab apa kat anak-anak kecil ni? Nak kata, ‘ayah kawin sebab nak elak maksiat’. ‘Ayah ikut suruhan Allah’. Like how u answered in the video?
“Has it ever occured to you, one day nak kena jawab dekat anak? No! Hang cuma pikiaq nafsu hang, ikut kepala hotak hang ja. Ada terpikir tak kawin lari kat Siam tu nanti anak tanya nak jawab apa?
“Lelaki-lelaki kat luar sana, sebelum nak perjuangkan konon poligami itu sunnah, belajar balik agama islam ya. Dan fikir apa consequences dia,” tulisnya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Nur Fazura menitipkan kata positif bermanfaat berkaitan kehidupan yang mungkin boleh dijadikan panduan bersama.
Menerusi hantaran terkininya di Instagram, video tersebut turut merakamkan bintang filem Pisau Cukur ini yang sedang berjalan di sebuah lokasi publik di luar negara.
Ibu kepada seorang cahaya mata ini turut melayangkan ucapan selamat tahun baru buat tatapan umum.
“Cukup menjadi bermanfaat buat manusia.. menjadi baik itu urusan mu dengan pencipta. Selamat menjalani hari baru.. what we give is what we’ll receive,” tulisnya disusuli beberapa emoji.
Meningau ke ruangan komen, ada rakan artis dan peminat yang turut sama meninggalkan komen masing masing.
“Cantiknya,” puji aktres Fasha Sandha.
“Rindu,” titip Mimi Lana.
“MasyaAllah cantik,” komen yang ditulis Uyaina Arshad.
Selain mereka, antara selebiriti lain yang turut memberikan respon termasuk Siti Saida, Haiza Hanafidan Aween Ismail.
Entri berkenaan sehingga kini sudah pun menerima lebih 60,000 tanda suka.
Fazura sebelum ini bersama suami, aktor Fattah Amin dan puteri tunggal mereka, Nur Fatima Aisya mengisi masa hujung tahun dengan bercuti di luar negara yang turut disertai sahabat dan ahli keluarga.
Pelakon Puteri Sarah Liyana dan dua anaknya, Syaikhul Islam dan Sumayyah telah berangkat ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan ibadah umrah pada pagi Khamis.
Menerusi perkongsian di Insta Story, ahli keluarga Sarah turut menemani dan menghantar dia dan anak-anak ke lapangan terbang.
Sebelum berangkat, Sarah juga sempat membawa kedua-dua anaknya berjumpa dengan ibu dan bapa mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah Ismail di kediaman pengarah dan penerbit popular itu di Taman Melawati, Kuala Lumpur pada Rabu.
Sarah memuat naik gambar Yusof bersama cucu-cucunya beserta kapsyen, ‘Grandpa’s love’.
Ibu mentua Sarah turut menitip komen mendoakan agar Sarah diberikan kekuatan dan kesabaran sepanjang menjalani ibadah umrah.
“Semoga Allah berikan kesabaran dan kekuatan kepada anakanda Puteri Sarah untuk mengerjkan umrah dengan membawa hati yang telah hancur luluh bersama Syaikhul dan Sumayyah (nyawa penyambung hidupnya),” tulis Patimah.
Sementara itu, pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah turut meninggalkan komen, mendoakan perjalanan Sarah dan anak-anak dipermudahkan selain meminta pelakon itu memaklumkan kepadanya sekiranya sudah pulang semula ke tanah air kelak.
“Tok Abah doakan perjalanan umrah kamu dan anak-anak semoga dipermudahkan serta mendapat hikmah sebesarnya ya. Balik Malaysia nanti maklumkan Tok Abah ya nak,” tulis Fadzilah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon terkenal siri Sex and the City, Kim Cattrall, selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Russell Thomas, dalam satu majlis perkahwinan serba sederhana yang berlangsung...