Uncategorized

“Kita ‘Lelaki’ Mana Gaduh Lama-Lama”- Netizen Kata Bila Safiey Umum Dah Berbaik Dengan Sajat

Share

Minggu lalu, jutawan kosmetik, Safiey Illias meluahkan kemarahannya kepada satu individu dipercayai Nur Sajat.

Malah, kedua-dua individu itu juga ada saling berbalah menerusi entri di Instagram masing-masing.

Bagaimanapun, semalam…Safiey memuat naik entri di Instagram mengumumkan dia dan Nur Sajat sudah pun berbaik.

“Alhamdulillah, saya dan Nur Sajat telah berbaik. Terima kasih kepada rakan lama yang menemukan kami untuk berdamai.

“Lepas ni tak ada sapa dapat laga-laga kan kami sebab apa-apa kami whatsapp terus je. Love you @nursajat02.

“Bersatu teguh bercerai roboh. Semoga kami bedua lebih maju. Amin,” tulisnya.

Baguslah kedua-duanya sudah berbaik, lagipun pergaduhan seperti itu kan tak elok ditengok orang?

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen melahirkan rasa gembira apabila kedua-duanya sudah berbaik akan tetapi ada juga komen yang mengatakan bahawa ‘lelaki’ tak gaduh lama.

Ada-ada saja netizen ni, apa-apapun, MH juga tumpang gembira bila Safiey dan Sajat berbaik, jangan gaduh-gaduh lagi tau.

Foto: Instagram Safiey Illias

IKLAN