Categories: Berita Hiburan

“Kita Kerja Keras Bertahun Untuk Kaya, Bukan Cukup Makan,” – Damian Mikhail Seru Komposer Letak Harga Sewajarnya, Berhenti Jadi ‘Pengemis’!

Share

Penyanyi dan komposer, Damian Mikhail menyeru rakan-rakan komposer lain untuk meletakkan harga sewajarnya bagi setiap karya yang dihasilkan.

Menurutnya, sudah sampai masa pemain industri bersatu agar bidang penciptaan lagu tidak lagi dipandang enteng.

“Mulai 2026, warga produser-produser muzik industri harus set kos pembikinan lagu single yang minima adalah RM10,000 ke atas.

“Sama-samalah sepakat set harga. Jangan jadi pengemis industri lagi. Naikkanlah martabat produser lagu,” tulisnya.

Saranan itu dikongsikan sendiri oleh bekas anggota kumpulan VE berkenaan menerusi hantaran di aplikasi Thread.

Damian turut mempersoalkan tindakan segelintir komposer yang didakwa sanggup menurunkan harga tanpa mempertimbangkan kesannya terhadap perkembangan industri muzik tanah air.

“Kalau ada yang main harga, terpulanglah dekat depa. Itu jenis-jenis memang sampah industri.

“Murahan sampai bila-bila. Lama-lama nanti depa akan tau juga kesan buang harga ni,” kongsinya lagi.

Hargai Usaha Komposer

Dalam masa sama, Damian menegaskan, menaikkan harga karya bukan satu tindakan melampau, sebaliknya ia menunjukkan penghargaan terhadap usaha dan idea para komposer.

“Tiada salah pun letak harga tinggi pada nilai kita. Kita kerja keras bertahun-tahun untuk kaya. Bukan untuk cukup-cukup makan. Semoga bermanfaat,” ujarnya lagi.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber & Kredir Foto: Instagram & Thread Damian Mikhail

Published by
Aizam Manaf