Penyanyi, Shila Amzah menyeru kepada suluruh anak muda untuk sentiasa menghargai waktu-waktu bersama ibu bapa dan jangan terlalu leka mengejar urusan dunia.
Menurut Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah, perkara seperti ini sering kali dipandang remeh oleh segelintir anak muda kerana mereka merasakan waktu mereka sangat panjang.
Katanya lagi, perkara seperti ini juga sering kali dia ingatkan kepada adik-beradiknya.
“Saya ingin menasihatkan terutamanya buat anak-anak muda ketika ini, kadang kala kita merasakan kita punyai waktu yang sangat panjang. Misalnya bila kita lakukan sesuatu di luar, kita tak fikirkan apa yang berlaku di rumah.
“Saya tak perlu pergi jauhlah. Adik-adik saya sebagai contoh. Kadang kala mereka juga terlupa sampai saya kena telefon ingatkan mereka. ‘Korang dekat mana? Kenapa biar mak sorang-sorang?’ Perkara-perkara yang macam itulah.
“Kita kena beberbalik kepada tujuan asal. Apa sebenarnya tujuan kita di dunia ini? Siapa yang bawa kita ke dunia ini?,” katanya kepada MH.
Ads
Anak kepada penyanyi senior, ND Lala ini turut mengingatkan walau sebesar mana pun kejayaan kita di muka bumi ini, jangan pernah sesekali meninggi diri terutama dengan orang telah berkorban jiwa dan raga membesarkan kita.
“Kita kena selalu ingatkan diri untuk sentiasa bersyukur dan merendah diri sebab pucuk pangkalnya kita tidak akan ada di sini tanpa ibu bapa kita.
“Ibu bapa kita ini ada satu je. Mereka tiada galang gantinya. Tiada dijual di Shopee atau Ali Baba. Layanlah mereka dengan elok sementara masih ada,” ujarnya lagi.
Ads
Malah, penyanyi lagu Bahagiakan Dia turut menyifatkan berbalahan diantara ahli keluarga merupakan sesuatu yang normal namun, ia tidak harus dibiar berpanjangan.
“Bagi saya sendiri, dalam apa jua keadaan sekali pun, sebagai anak beranak, kita tak boleh lari daripada perselisihan faham sebagai keluarga.
Ads
“Pada akhirnya nanti, apa sahaja perselisihan faham tersebut, saya selalu melihat seandaikan berlaku apa-apa keesokkan harinya, sempat tak untuk saya berbakti kepada orang tua saya.
“Perkara macam ni yang selalu budak-budak muda terlepas pandang. Mereka tak nampak sebab mereka merasakan mereka seperti hidup lama di dunia ini dan momen-momen berharga ini boleh dikembalikan,” akhirinya.
Dalam perkembangan, pemenang Anugerah Juara Lagu ke-36 ini baru sahaja melancarkan single duet terbarunya hasil kolaborasi bersama penyanyi, Liza Hanim yang berjudul Bahagiakan Dia.
Bahagiakan Dia juga merupakan lagu ost bagi drama Cinta Hilang Kata.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Shila Amzah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, hangat diperkatakan di media sosial mengenai siapakah gerangan di sebalik individu misteri yang menggelarkan dirinya sebagai Sultan Pemurah.
Nama samaran Sultan Pemurah mula mendapat perhatian selepas dia dikatakan sering memberikan ‘online gift’ mewah buat para pempengaruh yang mengadakan sesi siaran langsung di aplikasi Tik Tok.
Lantaran itu, para netizen mula berteka-teki untuk mencari tahu indentiti sebenar dermawan misteri tersebut.
Antara nama yang disebut-sebut sebagai pemilik akaun terbabit ialah anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Kacak berdasarkan tonasi suaranya.
Vida ketika dihubungi MH memaklumkan dia sendiri tidak pasti mengenai perkara itu, namun, tidak menolak individu tersebut adalah daripada kalangan komuniti permainan video dalam talian.
Menurut Vida lagi, tiada keperluan juga bagi dirinya untuk bertanyakan hal sedemikian kepada anaknya itu.
“Saya pun tak tahu sebenarnya. Nak kata ya atau tidak, pengguna-pengguna tegar Tik Tok atau yang sering bermain video game ini mungkin tahulah siapa orangnya.
“Saya rasa lebih elok kita biarkan sahaja ia rahsia. Kalau kita tahu siapa orangnya, dah bukan ‘mystery giver’ lagi dah. Kacak pun selalu dalam bilik bermain video game. Rasanya komuniti mereka tahu je pasal perkara ni,” katanya kepada MH.
Ditanya adakah dia risau jika anaknya itu membelanjakan wang untuk memberikan hadiah di media sosial, penyanyi lagu I AM Me itu memberitahu, anak-anak bijak menguruskan kewangan mereka sendiri.
“Mereka ada cara dan pendapatan mereka sendiri. Daripada beli kasut dan baju berpuluh ribu, biarlah budak-budak ini dengan cara mereka. Budak-budak sekarang pelik sikit cara hiburan mereka.
“Saya pun tiada bertanya kepada Kacak. Saya biarkan sahaja apa dia nak buat. Walau apapun, saya akan tetap beri sokongan. Apa yang berlaku di Tik Tok, saya tengok je,” katanya lagi.
Selain Kacak, antara nama selebriti lain yang turut ditebak sebagai Sultan Pemurah termasuk pelakon Aeril Zafrel dan suami arwah Siti Sarah, Shuib.
Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Datuk Seri Vida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Walaupun jauh terpisah, namun hubungan baik di antara pelakon Shiera Ijoy dan Azah Aziz masih kekal utuh sehingga kini.
Kedua-duanya mula bersahabat baik sejak sama-sama terlibat dalam drama Mat Despatch yang menjadi fenomena pada awal 90-an.
Terbaharu, melalui perkongsian di laman Instagram miliknya, Azah, suami serta tiga anak lelakinya kini berada di Malaysia untuk bercuti serta bertemu sanak saudara serta rakan taulan di sini.
Azah juga tidak ketinggalan meluangkan masa bertemu dan meluangkan masa dengan Shiera dengan menikmati hidangan makan malam di sebuah restoran masakan kampung di Hartamas, Kuala Lumpur pada Isnin.
Pertemuan itu turut disertai suami Shiera, Ijoy Azhari serta anak-anaknya iaitu Alisya, Airel, Aira dan Audra.
Keakraban yang terjalin antara Azah dan Shiera telah memberikan ‘idea’ buat peminat apabila gembira sekiranya hubungan kedua-duanya diteruskan sebagai besan memandangkan anak-anak kepada dua pelakon itu sudah meningkat dewasa.
“Boleh berbesan dah tu kak Azah dengan kak Shiera,” tulis peminat tersebut.
Sekadar informasi, Azah berkahwin dengan lelaki Perancis yang menetap di Kanada, Daud Leroy Abdullah pada 7 Januari 1995.
Hasil perkahwinan, mereka mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Aaron, 26, Brian, 19, dan Justin, 16 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Azah Aziz
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
TikToker, Haqiem Stopa atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar telah tampil membuat laporan polis berhubung pendedahan butiran peribadinya yang tular di media sosial.
Kesal dengan perkara berkenaan, pemuda berusia 22 tahun itu menerusi Insta Stories pada Selasa bertanya apa motif individu yang menularkan surat saman miliknya yang terkandung data-data peribadi.
Terdahulu, tular satu perkongsian yang memaklumkan pempengaruh berkenaan telah disaman pihak berkuasa kerana didapati memandu tanpa lesen di dalam sebuah sekatan jalan raya baru-baru ini.
Dia bagaimanapun mengakui khlilaf yang berlaku.
“Malaysia ada undang-undang. Saya akui dan terima hukuman. Jadi apakah tujuan dan motif Tuan menviralkan data peribadi saya tanpa izin. Butiran dalam surat saman tersebut… nama penuh, alamat dan kad pengenalan saya adalah data peribadi saya,” tulisnya.
Dalam pada itu, dia turut berkongsi hukuman yang boleh dikenakan kepada mereka yang didapati bersalah menyebarkan data peribadi seseorang tanpa izin dengan sengaja.
Menerusi paparan berasingan, Haqiem mendedahkan dia memang mempunyai pemandu peribadi selain akui dia disaman kerana memandu kereta tanpa lesen, bukannya kerana menunggang motorsikal.
“Saya memang ada pemandu peribadi. Dia tak larat sangat malam tu. Lagi satu kena naik kereta (tiada lesen), bukan naik motor,” tulisnya lagi.
Terdahulu, berita seorang influencer yang dikatakan telah disaman kerana memandu kereta jenis Audi tanpa mempunyai lesen memandu diperkatakan di media sosial.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan aktivis seni, Datin Seri Umie Aida menzahirkan rasa sedih atas pemergian suami kepada rakan artis, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad, Allahyarham...