Uncategorized

“Kita Kena Hentikan Sekarang Gejala Songsang Ini” -PU Amin

Share

Isu melibatkan golongan ‘songsang’ ini bukanlah satu perkara baru dalam masyarakat kita, kalau dahulu ia seperti perkara ‘taboo’ untuk disebut namun kini tidak lagi.

Susulan itu, pendakwah bebas, PU Amin memuat naik satu entri di laman Instagramnya meminta agar netizen turut sama membantunya menghentikan gejala ‘songsang’ yang berlaku kini.

“Kita kena bermula sekarang menghentikan gejala songsang ini. Kalau kita terlambat, dah terkena batang hidup sendiri, jangan menangis.

“Gelak ketawalah keseorangan kerana kelekaan kita sendiri. Usaha kita kena bersama!

“Ubah dengan tangan, boikot, ubah dengan lisan, nasihat sound direct, ubah dengan hati, benci amalan songsang. Ini perintah Nabi bila berdepan dengan kemungkaran.

“Aku lemah kalau keseorangan . Setiap usaha dakwah perlu mendapat sokongan korang semua . Kita kena mula sekarang .

“Benda ni dah viral, aku pun tak ada sebab untuk suka bila viral . Aku bukan meniaga , aku hanya berceramah je.

Kalau jadi apa – apa , aku ada korang untuk teruskan perjalanan ini. #Stop! #2jantina #Boikot #Boikot #Boikot,” nasihatnya.

Mungkin sudah terlalu lama menasihati secara bersendirian membuatkan dia kini meminta bantuan netizen bagi membendung gejala ini daripada berleluasa.

Terdahulu, Amin juga ada menegur dan menasihati seorang jutawan kosmetik agar kembali ke ‘jalan yang benar’ setelah dia secara terang-terangan meminta orang ramai ‘memboikot’ barangan individu tersebut.

Foto: Instagram PU Amin

IKLAN