Categories: Uncategorized

“Kita Hidup Di Zaman Media Sosial, Media Lama Dah Tak Relevan”- Caprice Pertahan Gimik Daiyan Trisha

Share

Rapper dan usahawan, Caprice menyifatkan tindakan penyanyi remaja, Daiyan Trisha yang sepertinya sengaja mengada-adakan gimik bagi melancarkan single terbaru adalah satu keputusan yang dirasakan wajar.

Caprice menerusi Instagram menjelaskan, untuk kekal lama di dalam industri yang serba moden ini, hakikatnya gimik adalah cara yang terbaik untuk membuat diri kita lebih dikenali.

“This is the new age of entertainment and social media,” tulisnya.

Tambah Caprice, selagi perkara tersebut tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak dan tidak melibatkan isu kesihatan, dia tiada masalah mengenai gimik tersebut.

Caprice turut menjelaskan bahawa gimik juga merupakan salah satu daripada teknik pemasaran yang berkesan dan pada zaman kini kebergantungan kepada media traditional sudah tidak lagi relevan.

Terdahulu, penyanyi Daiyan Trisha dikecam gara-gara memuat naik beberapa foto dirinya mengenakan busana perkahwinan, hingga ada yang membayangkan penyanyi dan pelakon itu bakal berkahwin pada 19.8.2018. Bagaimanapun sebaliknya ia hanyalah aturan strategi promosi pelancaran single terbarunya berjudul ‘Langit’.

Video: Instagram

 

 

 

IKLAN