Siapa yang tidak kenal dengan aktor Paul Walker yang amat terkenal dengan watak Brian O’Connor dalam filem francais Fast & Furious.

MH sendiri amat meminati filem tersebut dan tidak akan ketinggalkan untuk menontonnya setiap kali ia keluar panggung.

Rasanya umum mengetahui bahawa pelakon tersebut menemui ajalnya kerana kemalangan jalan raya pada tahun 2013. Ketika itu, dia masih dalam penggambaran filem Furious 7 dimana 80% penggambaran sudah disiapkan.

Kisah Hidup Mendiang Paul Walker Akan Di Dokumentasikan & Bakal Temui Penonton

Berikutan itu, pihak produksi filem tersebut mengambil keputusan untuk meneruskan penggambaran menggunakan dua adik Paul serta mendedikasikan filem tersebut buat Paul. MH percaya pasti ramai yang sedih bila lihat babak terakhir filem tersebut kan?

IKLAN

Oleh yang demikian, satu dokumentari bakal dibuat khas menceritakan kehidupan mendiang pelakon tersebut.

Kisah Hidup Mendiang Paul Walker Akan Di Dokumentasikan & Bakal Temui Penonton

Dokumentari tersebut bertajuk ‘I am Paul Walker’ oleh Paramount Network akan mula ditayangkan pertengahan tahun ini.

IKLAN

Pengarahnya adalah Adrian Buitenhuis, individu yang bertanggungjawab mengarah dokumentari ‘I Am Health Ledger’, sebelum ini.

Initipati dokumentari ini akan menampilkan temu bual bersama rakan-rakan aktor tersebut serta mereka yang pernah bekerja dengan Walker. Selain itu juga akan meliputi kerja-kerja berkaitan alam sekitarnya dan juga kejayaannya dalam bidang lakonan.

IKLAN

Kisah Hidup Mendiang Paul Walker Akan Di Dokumentasikan & Bakal Temui Penonton

Bagi MH, dokumentari ini tentunya dinanti oleh para peminat Walker lagipun MH lihat mendiang merupakan seorang pelakon yang berbakat serta mempunyai rekod yang baik.

Apa-apapun, MH tak sabar nak tonton dokumentari tersebut nanti.

sumber: Enews!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI