Uncategorized

Kisah Cinta Engku Emran, Laudya Semakin Terjawab?

Share

Sejak beberapa hari lalu, tersebar gosip hangat mengatakan selebriti Indonesia Laudya Cynthia Bella kini sedang menjalin hubungan cinta dengan Engku Emran.

Nampaknya spekulasi mengenai hubungan cinta antara Engku Emran dan Laudya kini hampir terjawab.

Buktinya, pasangan ini dilihat semakin terbuka berkongsi mengenai status hubungan masing-masing.

Engku Emran menerusi laman sosialnya memuat naik sebuah video dengan kapsyen ‘mind blowing’ #silhouetteart yang memperlihatkan seorang lelaki sedang menggunting sehelai kertas berwarna hitam yang pada akhirnya membentuk imej seorang wanita bertudung.

Hasil seni itu bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada pengikutnya yang mengandaikan ia mirip wajah Laudya.

Menerusi video perkongsian Emran di Instagram itu, sebanyak 113,170 ribu tontonan peminat mendoakan mereka agar bersatu.

Sekeping kad dimuatnaik Laudya juga menerusi Insta Story seakan menjelaskan bahawa pasangan ini semakin terbuka berkongsi status hubungan dirinya bersama Engku Emran.

Laudya, 29, juga rakan baik kepada pelakon Nora Danish dikatakan sering meninggalkan komen dan ‘likes’ pada status Engku Emran.

Bagaimanapun, sehingga kini, kedua-dua mereka masih belum mengesahkan sejauh manakah hubungan mereka seperti yang diperkatakan.

Engku pernah berkahwin dengan pelakon, Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014.

Pasangan ini dikurniakan anak perempuan Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun.

Sumber : Instagram iamkumbre

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

IKLAN