Pengacara, Mimie Haris kini telah sah bergelar isteri kepada seorang juruterbang yang dikenali sebagai Amir.
Mimie atau nama sebenarnya Norshamimi Ahmad Haris melangsungkan majlis pernikahan di Royale Place, Shah Alam pada Ahad.
Di samping itu, majlis pernikahan turut dihadiri oleh rakan selebriti Fatin Afeefa, Ika Nabella dan Anis Al-Idrus sebagai pengapit kepada pengantin perempuan.
Dalam pada itu, menerusi entri terkini Mimie di Instagram, pengacara rancangan CJ WOW SHOP ini turut berkongsi momen ketika melangsungkan majlis resepsi perkahwinan di The Venue, Shah Alam.
Majlis resepsi tersebut diraikan dengan penuh meriah bersama keluarga dan rakan selebriti.
Hari ini genap seminggu pemergian pelawak popular, Abam Bocey yang masih lagi menjadi sebutan ramai.
Rata-rata peminat berkongsi perihal kebaikan dan jasa Allahyarham terhadap keluarga, sahabat, peminat, anak yatim danindividu yang mengenalinya.
Dalam masa sama, Achey yang juga sama-sama menganggotai kumpulan Bocey tidak putus-putus berkongsi kenangan bersama arwah di media sosial.
Terbaru, Achey ada memuat naik gambar bersama arwah saat meraikan ulang tahun kelahiran pada Januari lalu.
“Alhamdulillah, dapat sambut besday arwah aritu di program @amin_idris, tapi kek tu separuh ko bedal bam hahahaha, tak kesah la tuu.
“Aku dan fad akan sayang kau sampai bila2… cuma buat masa sekarang aku kena slow sikit sayang tu… sbb ramai sayang kau sekarang ni.
“Bagi ruang pada mereka.. aku n fad takpe sbb sayang kita tu dah mmgbergabung menjadi satu… #kitabaikramaisayang #yangterindah #sakit #bocey,” tulisnya.
Sementara itu, Fad turut sama memuat naik foto kenangan bersama arwah apabila diumumkan tempat ketiga Maharaja Lawak Mega 2019 pada 10 Januari lalu.
“Kita plan nk berehat setahun dua je, tp rupenye kau nak berahat panjang ye, takpe bam, insyaallah di sana lebih indah buat kau sahabat, terima kasih utk hadiah terakhir.
“Kenangan terakhir di pentas keramat kite,terima kasih utk semua kenangan dan memori, satu hari aku akan menyusul, selamat jalan.. Al Fatihah,” tulisnya.
Terdahulu, pelawak popular Abam atau nama penuhnya Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Redzuan meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu.
Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.
Foto : Instagram Achey, Fad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berita kehilangan pelawak popular, Abam Bocey nyata mengejutkan peminat hiburan tanah air.
Pelawak dan pelakon, Shamsul Ghau Ghau menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, menyatakan bintang lawak itu pernah berhasrat untuk ke tanah suci Makkah bagi menunaikan umrah.
Allahyarham meninggalkan komen di salah sebuah foto yang dikongsi Shamsul yang ketika itu sedang berada di Jabbar Rahmah bagi mengemudi jemaah dari Malaysia.
“Innalillahiwainnailaihirrajiun
Minggu lepas @abam_bocik respons Pak Su di Makkah. Pak Su dah Doakan utk Abam. Allah Lebih Sayangkan Abam.
Abam terdahulu pernah mendakwa dirinya mengalami kerugian puluhan ribu ringgit selepas ditipu sebuah agensi pelancongan tempatan yang menawarkan pakej umrah.
Arwah difahamkan telah menjelaskan bayaran penuh bagi dirinya dan dua keluarganya yang lain bagi menunaikan umrah pada 2017.
Allahyarham bagaimanapun enggan mengambil sebarang tindakan terhadap syarikat terbabit sebaliknya reda dengan apa yang berlaku.
Foto : Instagram Shamsul Ghau Ghau
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon asal Singapura, Atikah Suhaime beberapa hari lalu menerusi Instagram ada berkongsi foto bersama kekasihnya iaitu ahli perniagaan, Datuk Lokman Teh.
Pendedahan tersebut nyata mendapat perhatian peminat lalu rata-rata mendoakan kebahagiaan buat pasangan.
“My bf cant take pictures. But I still wolf you,” tulisnya pada entri gambar yang dirakam berdua dengan berlatar belakangkan Menara Berkembar KLCC.
Terdahulu, bintang filem Volkswagen Kuning ini difahamkan ada memberi kenyataan dirinya baharu sahaja mengenali hati budi Lokman.
Sebelum ini, Atikah atau nama sebenarnya, Nur Atikah Mohd Suhaime mengikat tali pertunangan bersama penyanyi dan komposer, Awie Rafael sebelum hubungan itu putus pada 14 Mac 2019.
Foto: Instagram Atikah Suhaime
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Fattah Amin meluahkan rasa syukur apabila berpeluang menjalani ibadah puasa buat pertama kali bersama isteri tercinta yang juga penyanyi dan pelakon, Amira Othman.