Sekiranya anda menonton rancangan Korea popular 2 Days 1 Night, pasti anda mengenali siapa Kim Joo Hyuk. Joo Hyuk juga pernah menjadi tetamu kepada rancangan terkenal Korea, Running Man.

Peminat rancangan tersebut khususnya diejutkan dengan berita sedih apabila Joo Hyuk telah maut akibat kemalangan jalan raya petang semalam.

Menurut laporan media Korea, kejadian itu berlaku di Samseong-dong, Seoul kira-kira jam 4.30 petang semalam apabila kereta Mercedes-Benz jenis SUV yang dipandu oleh Joo Hyuk terbalik dan berpusing sebelum melanggar dinding sebuah apartmen di kawasan kejiranan tersebut.

Kim Joo Hyuk Maut Dalam Kemalangan Tragis

IKLAN

Malah, polis juga mengesahkan kereta tersebut terbakar impak daripada kemalangan tersebut.

“Pemandu telah diselamatkan dan dibawa ke Hospital Konkuk dalam keadaan tidak sedarkan diri.

 

 
“Pelbagai usaha menyelamat telah dilakukan ketika dalam perjalanan ke hospital namun pemandu telah menghembuskan nafas terakhir dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 6.30 petang,” jelasnya.

Memetik laporan dari portal Koreaboo, agensinya Namoo Actors masih belum memberikan sebarang kenyataan mengenai kematian aktor itu.

IKLAN

“Kami sedang meneliti laporan mengenai kejadian kemalangan dan akan memberikan kenyataan selepas mengetahui info selanjutnya,” jelas wakil agensi berkenaan.

Bagaimanapun, polis dan pihak hospital telah mengesahkan kematian Joo Hyuk.

Terdahulu, Joo Hyuk telah menyatakan hasratnya untuk mengahwini teman wanitanya pada hujung tahun ini ketika dalam satu temu bual pada Februari lalu.

IKLAN

Kim Joo Hyuk Maut Dalam Kemalangan Tragis

Kim Joo Hyuk Maut Dalam Kemalangan Tragis

Hubungan dia dan teman wanita, yang juga merupakan pelakon, Lee Yoo Young didedahkan kepada umum pada Disember tahun 2016.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI