Meskipun menjadi antara peserta ‘favourite’ di Kilauan Emas 2025 (KE2025), perjalanan Vijay akhirnya terhenti di minggu ketiga.
Satu-satunya peserta berbangsa India di KE2025 itu gagal menyaingi peserta-peserta lain yang lebih berpengalaman apabila persembahannya menerusi lagu Joget Kenangan Manis hanya meraih markah terendah sebanyak 61.31%.
Bagaimanapun, peserta asal Taiping ini tetap menerima keputusan tersebut dengan hati terbuka selain teruja kerana berjaya melangkah sehingga minggu ketiga.
“Sebenarnya saya tidak berasa sedih. Saya sampai ke tahap ini pun sudah satu keajaiban.
“Daripada lebih 500 orang yang datang ke uji bakat, saya yang tiada apa-apa latar belakang tentang nyanyian di pentas besar ini yang terpilih.
“Ini adalah satu pengalaman terbaik dalam hidup saya. Satu ketika dahulu, saya tidak dikenali. Kini, ramai yang kenal saya.
“Ini satu pencapaian juga buat diri saya,” katanya sejurus saingan konsert di Royal Theatre, Shah Alam, pada Ahad.
Ditanya sama ada dia merasakan dirinya patut diberikan lebih banyak peluang di KE2025, Vijay menyifatkan ia adalah lumrah pertandingan.
“Saya tidak rasa seperti itu. Ini adalah pertandingan dan saya bersaing dengan peserta-peserta terbaik. Mereka memang layak untuk terus berada di sini.
Ads
“Setakat ini sahaja peluang saya. Kita kena bagi peluang kepada mereka yang lebih profesional untuk teruskan perjuangan.
“Saya tak rasa ralat. Bila bertanding bersama mereka, saya rasa diri ini sudah menang,” ujarnya lagi.
Dalam masa sama, Vijay turut memaklumkan dirinya akan meneruskan kerjaya nyanyian di luar nanti dan bersedia memenuhi sebarang jemputan persembahan.
“Saya akan terus aktif di media sosial seperti Tik Tok. Jika ramai peminat yang mahu dengar saya menyanyi atau ada jemputan, saya akan terus menyanyi.
“Saya tidak akan berhenti menyanyi. Kalau ada apa-apa program, boleh sahaja jemput saya,” katanya lagi.
Zekrai Kuasai Minggu Ketiga
Sementara itu, Zekrai berjaya merampas kedudukan pertama apabila meraih markah tertinggi sebanyak 75.88%.
Ads
Zekrai yang sebelum ini sinonim dengan muzik rock berjaya menambat hati juri apabila keluar daripada zon selesa dengan membawakan lagu rap berjudul Alhamdulillah nyanyian asal Too Phat, Yassin Sulaiman dan Dian Sastro.
Turut mengekori rapat Zekrai ialah Zanie yang cemerlang menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu nyanyian asal Ning Baizura, yang juga juri tetap KE2025.
Kinar pula terus mencipta sensasi apabila berjaya meraih Anugerah Emas Berkilau Of The Week untuk tiga minggu berturut-turut.
KE2025 bersiaran secara langsung dari Royal Theatre Shah Alam setiap Sabtu, jam 9 malam di Astro Prima (Saluran 105).
Sistem pemarkahan ditentukan melalui 70% juri profesional, 20% juri awam serta 10% undian penonton di rumah. Juara musim ini bakal membawa pulang wang tunai RM30,000 beserta trofi sumbangan Astro.
Selain konsert mingguan selama lapan minggu, peminat juga boleh mengikuti Diari Kilauan Emas 2025 bermula 11 Ogos, setiap Isnin hingga Jumaat jam 11.30 malam, serta Kapsul Profil Peserta mulai 5 Ogos jam 3 petang.
Untuk musim ini, Elly Mazlein kembali sebagai pengacara utama, dibantu pelawak Joey Daud yang mengendalikan segmen belakang pentas dan diari.
Barisan juri pula terdiri daripada primadona Erra Fazira, pelawak Roy Azman serta juri baharu, Ning Baizura, manakala Zarul Husin bertindak sebagai hos Spotlight yang bersiaran selepas konsert pada jam 11.30 malam di Astro Prima.
KE2025 juga boleh distrim secara fleksibel menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box, Astro GO dan aplikasi sooka.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Hubungan cinta di antara pengarah ternama Hollywood, Tim Burton dan aktres Itali, Monica Bellucci akhirnya menemui noktah apabila kedua-duanya mengumumkan keputusan untuk berpisah selepas lebih dua tahun bersama.
Menurut laporan media antarabangsa, keputusan itu dibuat dengan penuh hormat serta mengambil kira perasaan masing-masing.
Pasangan itu dalam kenyataan bersama menegaskan bahawa mereka akan terus mengekalkan hubungan baik sebagai sahabat walaupun tidak lagi bersama sebagai pasangan kekasih.
Hubungan Tim, 67, dan Monica, 61, mula menjadi perhatian pada 2023 selepas kemesraan mereka dirakam ketika menghadiri Festival Filem Lumière di Perancis. Ketika itu, Bellucci juga mengakui bahawa hubungan mereka bukan lagi rahsia kepada umum.
Menariknya, pelakon kelahiran Itali itu turut diberi peranan oleh Burton dalam filem Beetlejuice Beetlejuice, sekuel kepada karya klasik Beetlejuice yang diterbitkan pada 1988.
Kolaborasi itu menguatkan lagi spekulasi bahawa hubungan cinta mereka ketika itu berada dalam fasa cukup serius.
Imbas kembali, Monica pernah mendirikan rumah tangga dengan aktor Perancis, Vincent Cassel selama hampir 14 tahun sebelum bercerai pada 2013. Mereka dikurniakan dua orang anak hasil perkahwinan tersebut.
Manakala Tim pula sebelum ini cukup dikenali dengan hubungan jangka panjangnya bersama aktres Helena Bonham Carter. Hubungan mereka yang berlangsung lebih sedekad dikurniakan dua cahaya mata, namun turut berakhir dengan perpisahan pada 2014.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Syasya Rizal mengakui tidak menyangka gurauannya terhadap suami agar jatuh sakit benar-benar berlaku.
Menurut Syasya, pada ketika itu dia sendiri sedang demam dan emosinya agak terganggu.
“Beberapa hari lalu, saya alami demam. Ketika sakit dan emosi kurang stabil, saya tak sengaja buat perkara yang tidak sepatutnya. Ketika itu, saya terasa hati sikit dengan suami.
“Selepas itu, mulut pun terlepas. ‘Saya doakan awak pula demam, biar awak rasa macam mana sakit ni’.
“Ketika itu, saya sangka ia hanyalah marah yang sekejap. Sengaja gurau kasar dan emosi ketika demam. Tak sangka doa itu betul-betul menjadi.
“Keesokkannya saya sudah sihat. Tiba-tiba suami pula yang tumbang. Ya Allah masa tu terus rasa berdosa sangat. Mulut isteri memang masin,” tulisnya di aplikasi Thread.
Tambahnya, insiden itu membuatkan dia sedar bahawa kata-kata seorang isteri boleh memberi kesan besar dalam rumah tangga.
Syasya dalam perkongsian itu turut berseloroh mengenai perbezaan sikap antara lelaki dan wanita ketika sakit.
“Tak sangka doa yang saja-saja boleh termakbul macam tu. Kalau anda perasaan, lelaki kalau demam, paling raja drama.
“Sakit sikit sahaja tapi suara perlahan, jalan macam zombie dan muka penuh penderitaan. Isteri kalau demam, masih boleh buat susu anak, urus rumah dan layan suami.
“Kalau suami demam, kena layan macam baby besar,” ujarnya lagi.
Justeru, bekas anggota kumpulan Dolla itu menyeru para isteri agar hanya menitipkan doa yang baik-baik untuk pasangan dan keluarga.
“Pengajarannya, jangan doa yang tak baik untuk suami kita walaupun ketika marah atau sakit hati. Kerana doa isteri ini sangat memberi kesan dan ‘masin’.
“Kadang-kadang lebih cepat makbul daripada apa yang kita sangka. Gunakanlah kuasa doa isteri untuk perkara yang baik-baik.
“Doakan suami panjang umur, murah rezeki, rumah tangga tenang dan sama-sama masuk syurga.
“Doa isteri ini bukan sekadar kata-kata. Kadang-kadang itulah doa yang paling cepat Allah makbulkan,” kongsinya.
Untuk rekod, Syasya mendirikan rumah tangga bersama Nasrullah Mohd. Sapie pada 20 April tahun lalu. Pasangan ini dikurniakan seorang anak lelaki, Muhammad Yassir Hayyan, pada 23 Disember 2023.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Spekulasi mengenai perkahwinan anggota Dolla, Sabronzo bersama Dj antarabangsa, Dash Berlin akhirnya terjawab selepas Sabronzo memuat naik foto majlis perkahwinan menerusi Instagram, hari ini.
Bagaimanapun, Sabronzo atau nama sebenarnya Wan Sabrina Wan Rusli masih belum memberikan sebarang kenyataan berhubung perkara berkenaan, namun perkongsian indah tersebut meleraikan segala teka-teki.
Menerusi hantaran di Instagram, Sabronzo turut berkongsi foto majlis resepsi yang difahamkan telah berlangsung di Bali, Indonesia, baru-baru ini.
Sabronzo dilihat anggun mengenakan dress putih manakala DJ Dash pula segak dalam persalinan sut berwarna coklat cair.
Malah, menerusi hantaran sama, Sabronzo turut memuat naik foto yang memaparkan dirinya dan Dj Dash sedondon mengenakan persalinan tradisional berwarna putih, sebagai gambaran telah melangsungkan majlis akad nikah.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis turut tumpang gembira selain turut menitipkan ucapan tahniah buat Sabronzo dan Dj Dash.
“Saya doakan kalian berbahagaia hingga ke akhir hayat. Kalian nampak sangat menakjubkan bersama.”
“Awak sangat cantik mengenakan dress putih. Tahniah.”
“Anggota kedua Dolla yang telah mendirikan rumah tangga. Saya harap awak tak tinggalkan kumpulan.”
“Cantinya awak. Semoga kalian terus dirahmati dengan memori indah dan hidup bahagia bersama.”
Sejak minggu lepas, nama Sabronzo menjadi perhatian selepas tular fotonya bersama DJ Dash di sebuah majlis resepsi sambil berpegangan tangan.
Pasangan ini dikatakan mula menjalinkan hubungan cinta sejak setahun yang lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.