Uncategorized

Khai, Rosma Feeling Macam Pengantin Baru

Share

Mesti anda semua masih ingat di awal kemunculan program realiti TV, Akademi Fantasia pada tahun 2003 telah menjadi fenomena buat industri hiburan tanah air di mana rancangan ini telah melahirkan ramai anak seni.

Tidak dinafikan melalui rancangan ini juga ada di antara peserta yang menyertainya bertemu jodoh di dalam program tersebut.

Contohnya seperti Khai dan Rosma yang kedua-duanya lahir dari program Akademi Fantasia musim pertama. Cinta yang berputik di antara mereka akhirnya membawa pasangan ini ke jenjang pelamin.

Terbaru di akaun Instagram milik pasangan ini, mereka ada berkongsi gambar romantik berpegangan tangan di tepi pantai beserta dengan luahan rasa syukur di ruangan kapsyen.

“Sekali tgk mcm pengantin la…?? sekali sekala feeling mcm pengantin baru apa salahnyakan ?? Kami pasangan dr musim Akademi Fantasia 1 ( 2003 ) Alhamdulillah,dipanjang jodoh sehingga kini.Dulu dlm akademi bkn tak belajar tau,belajar..syg kat en.shuben kte lillahitaala.thanks for everything syg.???? #akademifantasia1 #jodoh #rezekiituluas #rezekiallah #feelthechange #khairosma,” tulis kapsyen mereka.

Ramai juga pengikut mereka yang mendoakan kebahagiaan buat mereka berdua dan mendoakan jodoh mereka berkekalan hingga ke syurga.

madeenaheejab: sweet…semoga bahagia hingga ke Jannah, Aamiin ?

surihati_zaradamalriana: semoga,kekal hingga ke jannah…@khai_rosma …

mrscahaya: Bersemutttt…????

nuriman40: Teringat zaman deorang dlm af dlu

Hasil daripada perkahwinan mereka ini, mereka telah dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Danish dan Damia.

Semoga ikatan perkahwinan mereka berkekalan hingga ke jannah dan bahagia bersama anak-anak yang kian membesar.

Sumber: Instagram Khai & Rosma

IKLAN