Berkongsi rakaman ucapan selamat menyambut hari lahir buat ibunda tercinta, Hajah Wirmah Pawanchee di depan Kaabah, Anita Baharom tidak mampu menahan air mata daripada menitis sewaktu mendoakan kesejahteraan buat ‘syurga’nya itu.
Malah bintang itu turut mengharapkan agar keluarganya kekal bersatu dan diberikan keberkatan.
“Assalamualaikum.
Sanah Helwah mak. Happy birthday.
“Semoga mak dipanjangkan umur. Dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik. Keluarga kita bersatu, diberi keberkatan, dirahmati Allah. Ita sayang mak dunia akhirat.
SANAH HELWAH MAK! ITA SAYANG MAK DUNIA AKHIRAT, HAJJAH WIRMAH BINTI PAWANCHEE.
“Salam ampun dan maaf Ita dan Syifa dari Tanah Haraam,” kongsi Anita di laman Instagram miliknya.
Pelakon Abby Abadi dan suami, Faizal Zakaria kini telah pun berada di tanah suci bagi menunaikan ibadah umrah yang turut disertai ahli keluarganya yang lain termasuk rakan pelakon, Memey Suhaiza.
Malah detik-detik keberangkatan mereka turut dikongsikan menerusi Instagram.
Menerusi salah satu postingnya sebelum ke tanah suci pula, bintang Gerak Khas itu ada berkongsi foto susu badan yang sudah sedia tersimpan dan sebelah kaki anak bongsunya, Muhammad Danial Farhan yang dilahir secara pra-matang.
Abby ada bercerita mengenai amaun susu yang diperlukan si anak selama ketiadaanya.
“Setelah berkira2, Stok susu yg ditinggalkan ni cukup utk Baby Danial selama lebih 10hari, InshaALLAH. TQ tau Mummy @memeysuhaiza bantu Mama.
”Mama dapat kumpul 27, Mummy usahakan 10. Ada yg2oz, ada yg 3oz, yg 4oz pun ada. Baby Danial minum 13cc skrg. 1oz bersamaan dgn 30cc.
”Katalah 1plastik beg buleh minum 5/6kali, cukupkan? Lebih lagi utk 10 hari inshaALLAH,” tulisnya.
Pada masa sama, Abby turut memaklumkan mengenai perkembangan puteranya itu.
“Dah 69hari dah hero kecil mama abah ni. Walaupun beratnya turun balik 974gram kerana ada komplikasi pada hati, tapi Mama yakin Baby Danial Mama sangat kuat kan sayang.
”Mama Abah,Mummy, Papa, Atuk, Nenek, Abang Kakak semua akan mendoakan Baby Muhammad Danial Firman Mama di depan kaabah nanti agar mendapat Aafiyah dari ALLAH.. Mohon juga doa berterusan dari Sahabat2 disini juga ye.. Amin,” tulis Abby sambil diiringi dengan pelbagai harapan serta doa dari para peminat.
“Tuhan tarik satu, Tuhan bagi satu.” Itu kata yang terluah dari finalis Gegar Vaganza musim keenam (GV60, Naqiu yang menyifatkan pasangan duetnya pada saingan separuh akhir semalam, Azmi Saat sebagai seorang penyanyi hebat.
Malah, dia turut akui rakan duetnya menerusi lagu Hanya Namamu itu sebagai penyanyi yang mempunyai kemampuan menjiwai sesebuah lagu dengan baik.
“Saya akui dia menyanyi memang sangat bagus. Malah saya yang menyanyi di sebelahnya pun rasa sebak dengan ‘feel’ yang diberikan. Saya seorang yang pentingkan ‘feel’ dalam lagu akan tetapi dia punya ‘feel’ itu lagi ‘dalam’.
“Apa yang juri beritahu pun saya akui, ibarat langit dengan bumi sebenarnya. Kalau dengar susunan lagu tersebut sebelum ini, ia nampak sangat saya ni tertinggal agak jauh. Jadi sebab itulah susunan kena tukar. Nampak seperti bukan saya yang bertanding.
“Suara saya lebih kepada rock, jadi Datuk Ramli cadangkan suntik elemen Rock. Apa pun, saya akui memang Azmi memang terbaik. Saya puas hati juga sebab ini persembahan yang paling baik berbanding latihan sebelum ini,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, bintang berusia 33 tahun ini juga tidak menafikan dia dan Azmi mempunyai persamaan dan tidak menolak andai selepas ini ada projek lain yang mahu menggandingkan keduanya.
“Sebenarnya dia ada beritahu, takut untuk berduet dengan saya. Saya tanya kenapa kerana sepatutnya saya yang rasa takut kerana bakal nyanyikan lagunya.
“Kemudian dia beritahu sudah pun mengikuti perkembangan saya sepanjang GV6. Kalau ada isi masa bersembang untuk cari keserasian dan rupanya kami miliki banyak persamaan. Manalah tahu selepas ini ada kerjasama lain, InsyaAllah,” jelas Naqiu lagi.
Sementara itu menerusi segmen solo, bintang berkenaan menyampaikan lagu Inggeris, Always yang dipopularkan oleh Bon Jovi.
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...