Uncategorized

Kesian Zul 2by2, Tayang Masakan Bujang Bila Dah Keseorangan

Share

Awal tahun yang lalu, MH pernah berkongsi dengan semua tentang isu rumah tangga pasangan suami isteri selebriti, Isma AF dan Zul 2by2 sedang bergolak.

Perkara ini diakui sendiri oleh Isma menerusi laporan daripada Sinar Harian namun begitu isu ini kembali senyap selepas itu.

Terbaru MH terlihat satu perkongsian Zul menerusi akaun Instagramnya yang memuat naik gambar nasi bersama telur dan kicap sebagai lauk.

Apa yang menjadi tanda tanya pada MH adalah kapsyen Zul menyatakan hidangan itu sahaja yang membuka seleranya apabila sudah keseorangan.

“Jemput makan semua …Bila sudah keseorangan… Ini lah makanan yg aku selera.. Syukur alhamdulillah – Bissmillah,” tulisnya.

Aduh kesian betul Zul, begitulah nasib seseorang bila berpisah dengan pasangannya.

Dalam pada itu, menerusi ruang komen pula MH lihat rata-rata peminat dan pengikut Zul telah meninggalkan komen yang positif dan meminta artis kesayangan mereka ini untuk terus kuat dan tabah dengan segala yang berlaku malah ada yang meminta Zul dan Isma untuk kembali rujuk semula.

Lebih melucukan ada pula yang meminta Zul segera mencari pengganti.

kelassssskow: Rujuk semula…rugi berpisah sbb anak2 dah besar…masa untuk enjoy dgn isteri trip holiday sana sini…solat jemaah sama2…raya sama2…sementara nk menunggu hari tua & klu boleh mati pun di takdirkn bsama…indah kn? So klu bole buang keroh ambil jernih…bertindak dr skrg…masing2 ada kekurangan..-dr makcik bawang putih?

fiedadinda_huda: 17hb april ni anniversary abg @zul2by2 n kak @ismaliza_tanty ..sy nk sgt uols berbaik mcm dl..suke tgk couple ni dr dl lg

afifasyraf.ofc: Mohon bertabah abang

farhana.raship: @ismaliza_tanty sian abg zul… buang yang keruh ambil yg jernih

adyana_kbe: Mungkin ade hikmah sabar yer @zul2by2 ❤❤

Apapun, MH doakan yang baik-baik buat Zul dan Isma.

Sumber: Instagram Zul 2by2

IKLAN