Sebak dan sedih atas pelbagai konflik rumah tangga yang berlaku di sekeliling, pelakon versatil, Noorkhiriah ada berkongsi pengalaman berdepan dengan pasangan suami isteri yang bergaduh gara-gara tiada lagi persefahaman.
Difahamkan, pelakon tersebut terdengar mengenai pergaduhan yang berlaku seless melalui sebuah taman perumahan.
Pelakon Nur ini seperti yang dipetik menerusi entri terkininya di Instagram memaklumkan, dia turut rasa simpati apabila mendengar suara si isteri terlibat, meski tidak mengenali individu yang dimaksudkan.
“Hari ini hati akak rabak..dgr pasangan bgado.. siannya dgr suara isteri dia..wpun tk kenal,kbetulan lalu area situ tadi..area perumahan,anak akk tnya nape tu mama
Ads
“Suami suara keras,sedih weh..idup berumahtangga bkn seindah bcinta bila bgado..gado pujuk2x..dah kawin,mula2 pujuk llama makan penumbuk.
“Kalau sudahnya koyak cmtu je..utk bertahan makan tahun,utk runtuh sekelip mata,” tulisnya lagi lalu disambut dengan pelbagai komen pengguna media sosial.
Ads
Rata-ratanya turut bersimpati dengan situasi yang menimpa pasangan terbabit.
Masih terkesan dengan misi kemanusiaan yang disertai, Noh Salleh mengakui selama ini erti kesyukuran seringkali disalah erti.
Terlintas dalam fikirannya, apa lagi yang dimahukan dalam kehidupan selepas melihat kesengsaraan kanak-kanak mangsa perang.
Apabila menatap penderitaan mangsa anak kecil putus kaki dan buta akibat serangan sniper di depan mata, Noh kian rasa terkesan.
“Kadang kala saya terfikir, mengapa ada di antara kita di Malaysia yang tidak bersyukur. Saya telah melihat perkara yang paling teruk di depan mata, kanak-kanak berusia lima tahun ditembak di bahagian kaki, dibakar sekeluarga.
“Saya pernah hadapi depresi dan anxiety disorder dua tahun lalu dan baru-baru ini saya mengalami tekanan sama apabila melihat kanak-kanak ini menjalani rawatan psiko-sosial.
“Perang berlangsung lapan tahun, namun kanak-kanak ini baru berusia tujuh tahun. Bayangkan, bila mereka lahir terus dalam situasi perang.
“Kanak-kanak ini bermimpi ngeri setiap hari, rumah terbakar, kaki terputus dan kereta kebal. Dan lebih menyedihkan, mereka tidak dapat membezakan realiti dan mimpi ngeri.
“Mereka tidak layak menjalani kehidupan yang sangat ekstrem dan itu yang menyebabkan saya tertekan.
“Bila di persimpangan depresi, saya mula mempersoal apa tujuan kita hidup. Saya meminta jawapan Nina, dan ia sungguh mudah, untuk menyembah Allah,” katanya.
Pada masa sama, suami kepada Mizz Nina ini turut menambah, kerja amal yang dilakukan bermula dalam keterpaksaan, namun ia memupuk kesedaran dalam diri seiring masa.
Penyanyi dari Sarawak ini juga berkongsi fasal soal pilihan dalam hidup.
“Saya teringat salah seorang sukarelawan memberi pandangan ketika perjumpaan di Lubnan. Jelasnya, ia berkaitan pilihan. Kita di Malaysia ada pilihan untuk melakukan apa sahaja.
“Namun di sini, apa pilihan yang mereka ada. Setiap hari ibu bapa melihat anak-anak mati di depan mata kerana tiada apa boleh dilakukan.
“Mendengar kenyataan beliau, saya terus berjujuran air mata. Bayangkan kami yang belum ada rezeki untuk menimang cahaya mata pun tidak dapat mengawal kesedihan, inikan mereka yang melaluinya,” katanya kapada MH.
Pernah terlintas untuk meninggalkan dunia hiburan yang disifatkan penuh noda, namun dia harus akur, pengaruh sebagai selebriti penting untuk memberi impak kepada masyarakat.
“Saya banyak kali berada dalam persimpangan lebih-lebih lagi apabila melihat kesengsaraan mereka. Sama ada mahu melepaskan semua kebendaan dan memberi fokus kepada akhirat.
“Cuma satu yang buat saya terfikir, Allah telah berikan sedikit keistimewaan dan pengaruh sebagai public figure. Jika saya lepaskannya, bagaimana saya mahu terbitkan kesedaran dan mengajak mereka yang lain melakukan kebaikan.
“Industri muzik ini apa sebenarnya? Ia hanya sekadar hiburan, penuh dengan gosip yang membina jambatan menuju ke neraka. Saya tak mahu hidup dalam industri semata-mata untuk terkenal, tidak mahu dipersoalkan kelak di sana,” ulasnya lagi.
Terdahulu, Noh ditemui media pada majlis Sidang Media Pemacu Api Tour 2019 di Gasket Alley, Damansara.
Pemacu Api Tour merupakan jelajah kumpulan muzik Toko Kilat dengan penampilan istimewa Noh Salleh yang akan berlangsung di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur. Jelajah ini bermula 17 Ogos sehingga 14 September depan.
MH kini berada di Gasket Alley untuk sidang media Pemacu Api Tour 2019 menampilkan Noh Salleh dan Toko Kilat
Gelagat penyanyi Siti Sarah dan suaminya, Shuib sering menjadi perhatian peminat di laman media sosial apabila pasangan ini sering bergurau dan bergaduh sesama mereka.
Baru-baru ini, Shuib ada memuat naik satu rakaman video menerusi InstaStory di akaun Instagram miliknya.
Rakaman video tersebut kelihatan penyanyi lagu Semakin itu sedang merajuk dan memarahi Shuib.
“Pergilah Sayang Motor Tu, Tak Payah Sayang I…,” kata Siti Sarah.
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.