Uncategorized

Kesediaan Timbalan Menteri Bertemu Sajat, Safiey Berhubung Konflik Identiti Diri

Share

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh menyatakan kesediaannya untuk menemui dua pengasas kosmetik, Nur Sajat Kamaruzzaman dan Safiey Ilias yang dikatakan sedang berdepan dengan masalah konflik identiti diri.

Sekali gus, mahu membantu kedua-dua figura tersebut agar kembali kepada fitrah.

Fuziah yang mempunyai latar belakang pendidikan di dalam bidang kauseling seperti yang dipetik Bernama memberitahu, konflik dalaman kedua-duanya itu perlu diselesaikan dengan pendekatan berhemah, bukan dengan cara membenci.

“Saya tidak mengatakan apa yang dilakukan mereka itu betul dan boleh diterima kerana yang haram tetap haram, tapi pendekatan dakwah yang perlu diambil, bukan dengan cara menghukum,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di Jamuan Aidilfitri Maahad Tahfiz Negeri Pahang pada Jumaat.

Selain mereka dipercayai menghadapi konflik identiti diri, kedua-duanya juga dikatakan saling menyindir menerusi laman sosial masing-masing.

Pada masa sama, Fuziah mengakui ada pengalaman pernah menyaksikan golongan lelaki menyerupai wanita kembali kepada fitrah.

IKLAN