KUALA LUMPUR – Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur menetapkan 23 Oktober depan untuk laporan hakam berhubung kes cerai penyanyi, Ezlynn dan suaminya, Adam Fahmy Shamsudin.

Hakim Syarie, Mohamed Hizwan Mohamed Nor memutuskan sedemikian selepas kedua-dua belah pihak masih bersetuju untuk meneruskan penceraian.

“Semua laporan hakam kedua- dua pihak perlu difailkan sebelum tarik sebutan kerana ia akan dibentangkan pada hari tersebut,” katanya.

Terdahulu, Ezlynn selaku plaintif melantik bapanya, Ariffin Alang Ahmad,68, sebagai hakam manakala Adam melantik sahabat baiknya, Fazrul Rizal Abdul Ghani,41.

IKLAN

Hakam adalah satu proses yang diperuntukkan di bawah Seksyen 47(14) dan Seksyen 48 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1984 di mana mahkamah mempunyai kuasa melantik dalam kalangan saudara mara terdekat iaitu dua penimbang tara yang mempunyai makluman berkaitan isu rumah tangga pihak-pihak terbabit.

IKLAN

Ezlynn, 38, mendirikan rumah tangga dengan Adam Fahmy,36, pada 20 November 201.

IKLAN

Teks Oleh : TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI