Uncategorized

Kes Bunuh Diri, Ini Dia Fakta Yang Mengejutkan Tentang Dunia K-pop Yang Ramai Tidak Tahu!

Share

Kejadian bunuh diri penyanyi utama kumpulan K-pop popular Korea Selatan, Shinee, Jonghyun nampaknya memberi kesan yang begitu mendalam buat keluarga, rakan artis dan peminatnya seluruh dunia.

Walaupun senario muzik Korea tampak catchy dan penuh glamour, terdapat sisi dunia gelap dunia hiburan di negara Kimchi itu.

Di dalam dunia hiburan Korea terdapat banyak persaingan yang sangat sengit, kekurangan privasi, dibuli dalam media sosial dan tekanan dari masyarakat dan perlu mengekalkan imej selebriti pada setiap masa merupakan cabaran besar buat selebriti disana.

Ramai bintang k-pop seperti Jonghyun dilantik oleh agensi sejak kecil lagi, biasanya pada usia awal atau pertengahan remaja lagi tau.

Nah ini dia beberapa fakta tentang kehidupan seorang selebriti kpop yang korang perlu tahu.

1.Tiada masa gembira, sebaliknya jadual mereka hanya dipenuhi dengan latihan nyanyian dan tarian yang intensif. Sekiranya melakukan sedikit kesilapan mereka boleh digugurkan dari agensi bila-bila masa sahaja.

2.Mereka jarang bercuti dan tidak mempunyai privasi dalam kehidupan termasuklah percintaan. Mereka juga mempunyai kontrak, dan harus memematuhi kontrak tersebut sehingga tamat.

3.Kebanyakkan ahli kumpulan k-pop akan tinggal dengan ahli kumpulannya dan mereka akan ditempatkan dalam apartment seperti asrama yang disediakan agensi mereka.

4.Jangan terkejut, bab pemilihan makanan dan kehidupan, agensi mereka juga menentukan pemakanan mereka.

5. Yang paling menyeksakan mereka perlu sentiasa kelihatan dan berkelakuan sempurna dalam industri yang diperkasakan oleh jutaan peminat fanatik mereka. 

6. Sekirannya gagal tersenyum ketika muncul di khalayak ramai boleh menyebabkan seorang bintang boleh dikecam selama bertahun-tahun!

 

BACA JUGA> Sama Nasib Dengan Jonghyun (SHINee), Ini 7 Selebriti Korea Bunuh Diri Sebab Kemurungan

Jadi korang faham kan mengapa sesetengah penyanyi kpop terutamanya dari golongan idol banyak mengalami masalah kemurungan dan akhir sekali mengambil pendekatan membunuh diri.

 

IKLAN