Berikutan pemecatan Prof. Dr. Md Nasir Ibrahim selaku Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), anaknya yang juga merupakan pelakon, Anzalna Nasir tetap menyifatkan bapanya itu sebagai seorang yang sangat komited untuk memartabatkan industri filem tempatan.
Menurut Anzalna, selain keluarga, masih ramai di luar sana yang menghargai segala usaha bapanya sepanjang memegang tampuk kepimpinan FINAS.
“Bangga sebagai anak. Abah amat prihatin soal pembangunan industri filem tempatan. Kerja tidak pernah mengira waktu.
“Ramai yang memuji abah tapi mungkin rezeki tidak menyebelahi abah ketika ini,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada dua orang cahata mata itu mene sebuah hantaran di Instagram.
Pada masa sama, Aznalna turut terpaksa setiap ujian yang ditimpa oleh bapanya itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
Ads
“Tetapi setiap kepayahan atau kesusahan, Allah akan balas dengan kemanisan jua akhirnya.
“Apatah lagi bila abah ikhlas dalam kerjaya. Im always here for you dad. Saya sayang abah. Abah adalah yang terbaik,” ujarnya lagi.
Sementara itu, adik kepada Anzalna yang juga merupakan pelakon, Afifah Nasir akui terkilan dengan cara segelintir pihak melayan bapanya itu dalam situasi ini.
“Mereka melayan abah dengan cara yang tidak adil tapi ketahuilah, masih ramai yang menyokong abah daripada jauh. Abah buat cara abah sahaja. Cara hebat abah itu.
“Allah maha adil dan Dia tahu apa yang terbaik,” katanya.
Ads
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti menunjukkan tanda sokongan selain turut memberikan kata-kata semangat buat Prof. Dr. Md Nasir.
“Betul tu. Orang terpelajar, bekerja keras dan punyai pengalaman luas ini, tinggi nilainya. Semoga sukses terus prof.
“Biasalah, orang yang amanah dan jujur akan berakhir macam itu sahaja. Tak mengapa. Atas dunia sahaja. Respek kepada Dr. Nasir.
“Selamat maju jaya buat ayah awak. Allah nak bagi yang lebih balik.
Ads
“Insan hebat memang akan selalu diuji. Semoga dipermudahkan segala urusan Prof.
“Sebenarnya, ayah awak tak rugi. Mereka yang rugi,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Terdahulu, memetik laporan Kosmo, Md. Nasir menyifatkan pemecatan dalam tempoh 24 jam tanpa alasan kukuh sebagai satu tindakan zalim dan mangsa yang ditikam dari belakang.
Malah, dia juga tidak menafikan memang ada pihak mahu menjatuhkannya, selain wujud campur tangan politik serta unsur kroni dalam perbadanan tersebut.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Anzalna Nasir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Adam Corrie kecewa dengan tindakan segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan berita palsu dengan mengatakan dirinya telah meninggal dunia.
Menurut Adam, lebih mengecewakan apabila individu berkenaan turut mengaitkan keluarganya di dalam penyebaran berita palsu tersebut.
“Semalam ramai betul tag, mesej dan call tanya betul ke saya dah meninggal? Dan ada juga kata bapa saya dan bapa mentua saya meninggal pula la.
“Kalau betul, tak ada lah saya jawab call, jawab mesej dan sebagainya,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem KL Gangster itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, dia juga percaya mereka yang terlibat ini mempunyai niat yang jahat dan hanya mahu mengambil kesempatan terhadap dirinya
“Mendiang bapa saya sudah lama meninggal. Sudah 14 tahun. Manakala bapa mentua saya pula sudah 4 tahun meninggal.
“Saya percaya mereka yang buat posting sebegini hanya untuk meraih view dan nak naikkan follower mereka sahaja tanpa memikirkan kesan terhadap orang lain.
“Doa baik-baik untuk semua,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyifatkan tindakkan tersebut sangat tidak wajar selain turut mendoakan semoga Adam sekeluarga sentiasa berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah, semoga sihat sentiasa bro.
“Allahuakbar, semoga orang yang buat ni dapat kesedaran. Orang elok-elok sihat, buat berita palsu macam ni. Apa dapat? Semoga Adam dipanjangkan umurnya dan sentiasa dibawah lindungannya.
“Kenapalah sampai macam ni? Allahuakbar. Tabah ye abang.
“Sangat terkejut bila tengok video ni FYP. Macam-macam dunia sekarang. Moga Adam Corrie sihat-sihat selalu. Dirahmati dan diberkati,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebelum ini, situasi sama turut pernah menimpa beberapa nama artis lain antaranya Ezad Lazim, Zarina Zainuddin dan To’Ki.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Adam Corrie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan anggota kumpulan Floor 88, Eric Fuzi berang dengan tindakan seorang pelakon baharu yang dikatakan meminta bayaran tidak masuk akal untuk berlakon di dalam satu muzik video.
Jelas Eric, permintaan pelakon tersebut sememangnya tidak wajar meskipun namanya kian popular selepas membintangi sebuah drama popular.
“Kau berlakon pun menumpang cerita yang viral tapi nama kau pun tak hype mana. Kau punya minta payment tu untuk satu muzik video minta sampai lima angka.
“Tak lama lah kau. Masa diorang sebut nama kau pun aku tak kenal sangat tapi kita nak bagi peluang dekat artis-artis baru ni untuk berkembang,” tulisnya.
Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Mencari Rahmat itu menerusi sebuah hantaran di ruangan Instagram Stories.
Pada masa sama, Eric turut menyifatkan sikap yang ditunjukkan oleh pelakon berkenaan hanya akan menjejaskan periuk nasinya sendiri pada masa akan datang.
“Maaflah, kau punya feeling-feeling tu membantutkan karier kau. Nak letak payment tu biarlah berpatutan. Cuba kaji average kos produksi dan rate artis yang relavan sikit,” ujarnya lagi.
Bagaimanapun, sehingga kini, Eric masih belum mendedahkan gerangan artis yang dimaksudkannya itu.
Dalam perkembangan lain, Floor 88 baru sahaja bergabung dengan band popular Indonesia, Wali untuk mengadakan konsert bersama di Kuala Lumpur pada Mei lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Eric Fuzi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Iman Troye berbesar hati untuk menghadiahkan wang tunai sebanyak RM300 kepada pelajar yang mencapai peningkatan dalam apa saja mata pelajaran bagi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 yang diumumkan hari ini.
Iman yang juga Duta Pusat peningkatan akademik dan pakar dalam membantu pelajar SPM, PTTI berkata, kriteria pemilihan berdasarkan pencapaian dari keputusan yang sebelumnya G dan naik ke A.
“Tahniah kepada semua calon SPM 2022. Kepada yang berjaya mendapatkan keputusan cemerlang untuk mana-mana subjek yang sebelumnya G naik ke A, saya nak bagi RM300.
“Hadiah ini bukan saja sebagai tanda penghargaan atas kerja keras mereka pada SPM 2022, tapi juga mahu memberikan motivasi supaya mereka terus berusaha di masa akan datang.
“Tawaran RM300 ini terbuka kepada semua termasuk pelajar yang mendapatkan khidmat PTTI,” katanya.
Menurut Iman, kejayaan yang dicapai itu diharap dapat memberikan inspirasi kepada pelajar yang bakal menduduki SPM tahun ini.
“Bagi yang belajar dengan PTTI atau di mana-mana sekolah sekali pun, jadikan kecemerlangan pelajar SPM 2022 ini sebagai pembakar semangat dan dorongan untuk berjaya.
“Kena ingat, usaha tidak mengkhianati hasil. Apa yang penting, jadikan setiap apa yang dipelajari itu bekalan untuk mendidik diri menjadi insan yang lebih baik,” katanya.
Iman berkata, pelajar yang menepati kriteria ditetapkan boleh menghantar mesej (DM) menerusi Instagram rasmi PTTI.
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...