Kawan yang baik, sanggup bersama dalam keadaan susah dan senang sukar untuk dicari sekarang ini. Yang selalu dijumpai adalah ‘kawan makan kawan’.

Namun begitu, tidak semestinya ‘speasis’ tersebut tiada dalam dunia ni kan? Tapi bila kawan tak boleh tolong ke apa janganlah marah pula.

Semalam, MH dapat berita bahawa pelakon, Datuk Fizz Fairuz tersadai di tepi jalan kerana keretanya mengalami masalah teknikal. Dia memuat naik foto mengenai perkara tersebut di laman Instagram miliknya.

Dugaan …hahahaha rasanya mcm break ni ,tapi tggu repair lah…panassss ?

A post shared by Dfizzfairuz (@fizzfairuzofficial) on

Bagaimanapun, tak lama kemudian, isteri Fizz, Datin Almy Nadia meluahkan perasaan kecewanya di media sosial mendakwa tiada bantuan yang diterima oleh Fizz semasa berada dalam kesulitan tersebut.

IKLAN

Kereta Fiz Fairuz Rosak, Almy Nadia Terlebih Emo?

Walaupun Almy kemudiannya memadam ‘post’ tersebut namun ‘nasi sudah menjadi bubur’ apabila netizen mempertikaikan tindakannya tersebut.

IKLAN

Melalui pemerhatian MH, banyak netizen meninggalkan komen di foto yang dimuat naik Fizz berasa pelik dengan sikap ’emo’ Almy tersebut.

Kereta Fiz Fairuz Rosak, Almy Nadia Terlebih Emo?

IKLAN

Kereta Fiz Fairuz Rosak, Almy Nadia Terlebih Emo?

Pada MH, mungkin Almy berasa risau apabila dimaklumkan suaminya mengenai masalah tersebut dan berasa kecewa apabila tiada rakan yang datang membantu.

Tapi mungkin setelah berfikir masak-masak mungkin sebab itulah dia membuang ‘post’ tersebut. Apapun semua sudah selesai kan? Kita buka buku baru sajalah.

Sumber: IG Almy Nadia dan Fizz Fairuz

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI