Uncategorized

Kereta Datuk Ayu Dipecah, Barang dan Wang Berharga RM50,000 Lesap

Share

Penerbit filem Pencil Pictures & Records, Datuk Normashayu Puteh atau lebih mesra dengan nama Datuk Ayu Puteh telah melalui insiden yang tidak diingini malam tadi.

Menerusi perkongsian di Instagram, dia memberi tahu bahawa keretanya telah dipecahkan dan barang serta duit dalam keretanya itu telah dicuri.

“KERETA KENA PECAH LAGI!!! Barang dan Cash Berharga 50K Di Curi Dari kereta Saya!

 

“Di Istana Kehakiman Putrajaya #merdekaridefestival2017 #mrf2017,” tulis kapsyen pada perkongsiannya itu.

Rata-rata pengikutnya telah meninggalkan komen syukur kerana Ayu selamat dalam kejadian tersebut dan ada juga yang turut menasihati agar tidak menyimpan wang atau barang berharga di dalam kenderaan.

afroza_anis: Alhamdulillah harta sahaja diambil.. Auntie tc ye

nasahmad_terjah:

Syukur ayu selamat. Tapi napa berani bawak cash banyak tu?

wanienueva: How come cash banyak cmtu tinggal dlm kereta ?

mizi212: Janganlah simpan brg berharga dalam kereta @ayuputeh

Perkara sebegini memang sering terjadi sekarang ini, perbuatan sesetengah individu yang tidak bertanggungjawab ini seharusnya ditangkap dan diberikan hukuman yang setimpal.

Buat Ayu dan semua orang di luar sana perlulah lebih berhati-hati selepas ini agar perkara kecurian sebegini tidak berulang lagi. Diminta agar tidak meninggalkan barangan berharga dalam kenderaan untuk mengelakkan kejadian seperti ini terjadi.

Sumber: Instagram Datuk Ayu Puteh

IKLAN