Wow, MH sendiri terkejut melihat perkongsian seorang netizen yang benar-benar memberontak tidak puas hati bertindak berani membakar tudung Nealofar Hijab di Facebook.

Anne Zuraini individu yang sangat kecewa dengan apa yang dilakukan oleh Neelofa tempoh hari menunjuk protes membakar semua tudung, anak tudung, plastik beg dan resit pembelian sekali.

Melalui video beberapa saat itu, gadis ini meluahkan kekecewaannya dan berkata tudung-tudung yang dibeli ini bukanlah tudung yang dibeli dari pasar malam dan sebagainya namun kerana terlalu kecewa dia nekad untuk lakukan perkara itu.

IKLAN

Bagaimanapun tindakannya ini dikecam oleh netizen dan berpendapat perbuatannya itu hanya sia-sia dan membazirkan masa sahaja.

IKLAN

Kerana Terlalu Kecewa Dengan Tindakan Neelofa, Peminat Ini Marah & Bakar Tudung Neelofa Di Facebook!

IKLAN

Malah ia tidak merugikan pihak Neelofa pun. Namun menjawab segala kata-kata tersebut, wanita ini menjelaskan tindakkannya itu adalah sebagai tanda dia tidak mahu membawa nama tudung tersebut merata-rata.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI