Ads

Kerana Tabiat Merokok, Fadlan Hazim Perlu Jalani Pembedahan!

Gara-gara mempunyai tabiat buruk iaitu merokok, pelakon kacak Fadlan Hazim terpaksa menjalani pembedahan tonsil secepat yang mungkin!

MH difahamkan Fadlan telah mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat dengan kerap merokok sejak masih muda.

Kerana Tabiat Merokok, Fadlan Hazim Perlu Jalani Pembedahan!

Walaupun sudah setahun berhenti merokok namun penyakit ini tetap ada dan perlu dibuang.

Ads

“Saya merokok sejak usia masih muda lagi dan itulah puncanya. Mungkin terlalu kerap merokok menyebabkan tonsil saya menjadi lebih parah.

 

“Alhamdulillah, sudah setahun saya berhenti merokok. Tapi iyalah, benda dah nak jadi, tonsil itu masih ada dan perlu dibuang,” ujarnya.

Melalui laporan mStar Online, Fadlan terpaksa melalui proses ini kerana penyakitnya ini sering menganggu aktiviti hariannya.

Kerana Tabiat Merokok, Fadlan Hazim Perlu Jalani Pembedahan!

Ads

Katanya lagi, dalam setahun sudah beberpa kali dia ditahan di hospital kerana sering demam. Malah, Fadlan turut memberitahu pernah pengsan di set pengambaran suatu ketika dahulu.

“Dalam setahun beberapa kali saya ditahan di hospital kerana selalu demam dan pernah berlaku kejadian saya pengsan di set penggambaran.

 

“Doktor sahkan saya ada tonsil sejak tahun 2014 lagi dan perlu menjalani pembedahan secepat mungkin agar ia tidak mengganggu aktiviti harian saya,” jelasnya lagi.

Fadlan yang telah disahkan oleh doktor punyai penyakit tonsil sejak tahun 2014 meminta orang ramai untuk doakan agar proses pembedahan ini dipermudahkan dan semuanya baik seperti sedia kala.

Ads

Kerana Tabiat Merokok, Fadlan Hazim Perlu Jalani Pembedahan!

Walaubagaimanapun Fadlan menjelaskan kini dia lebih mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat dan berkata dirinya rasa lebih ringan dan emosinya semakin stabil.

Apapun MH doakan semuanya berjalan dengan lancar dan harap semua perokok tegar dapat jadikan ia sebagai pengajaran.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Terus Terbang Tinggi, Kami Merayakan Kemenanganmu,” – Dedikasi Buat Misha Omar...

Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.
error: Hello. Cannot.