Sehari lalu, pelakon dan model ada memuat naik dua keping foto ketika dirinya sedang bersiap sedia untuk mengikuti Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2018 (KLFW2018) baru-baru ini. Lalu seperti biasa, penampilan bekas peserta Asia’s Next Top Model ini mendapat komen pelbagai netizen.
Menerusi sekeping foto tersebut, ada yang bertanya sama ada dirinya memang tidak suka atau tidak mengenakan bra (baju dalam). Bagaimanapun, ada yang membayangkan rekaan fizikal baju berkenaan yang sepertinya memberi ilusi terhadap apa yang dilihat ramai.
Nama pelakon, Aliff Aziz sekali lagi menjadi tumpuan apabila dia didakwa telah menipu serta enggan memulangkan wang yang dipinjamnya daripada seorang usahawan yang dikenali sebagai Rashidi Ramli.
Usahawan tersebut bertindak memuat naik sebuah entri di Facebook untuk mendedahkan segala perbualannya bersama Aliff.
Difahamkan, Aliff telah meminjam sejumlah wang daripada usahawan tersebut kerana terdesak dan sebagai balasan dia berjanji untuk mempromosikan produk usahawan tersebut.
“TOLONG VIRAL! ALIFF AZIZ SONGLAP DUIT ORANG!!
“Padahal dia call saya banyak kali untuk pinjam duit. Lepas saya tak layan dia cuba taktik lain dengan buat tawaran utk promote produk saya NK EXCLUSIVE PARFUM sampai jadi hingga 8 minggu. Walaupun saya cuba menolak banyak kali dia tetap ganggu saya call dan whatsapp. .
“Selepas mendesak banyak kali dengan tawaran dan janji manis saya hanya bagi sejumlah amaun actually ribu jugak bukan ratus ya, selepas bagi duit dia cuba ugut saya banyak kali lagi utk transfer lagi duit kalau tak dia tak akan promote.
.Selepas saya bekeras tak nak bagi duit lagi dia cakap hanya akan post sekali sahaja walhal janji sblm nya utk 8 minggu.
.
“Dalam masa sama, rakan lain juga terkena. Rakan lain merupakan organizer event, dia jemput aliff aziz sebagai artis jemputan. Rakan saya telah beri duit deposit dan akhirnya dia tak hadir event itu dan rakan telah menanggung rugi dan turut dimarahi vendor krn cuba menipu krn artis yg dijanjikan tak muncul walhal aliff aziz cancel last minit dan tidak ingin melakukan refund walaupun satu sen!
.
“Hati2. Ini bukan cubaan utk menjatuhkan mana2 pihak. Tapi saya terpanggil sbg org yg teraniaya utk maklumkan pd umum agar tak ada lagi yg tertipu dgn manusia berpura pura ini. Cubaan utk meminta semula duit dan buat report telah diugut oleh beliau krn dia ada peguam sendiri!! Apakah?? Sedangkan kami org teraniaya tapi diperlakukan spt ini. Allahuakabrrr,” tulisnya
Tambah Rashidi, bukan dirinya sahaja telah ditipu Aliff malah, rakannya yang lain turut menerima nasib yang sama apabila Aliff dikatakan gagal menghadirkan diri di sebuah program sebagai artis jemputan walau pun sudah menerima wang deposit.
Lantaran itu pihak penganjur terpaksa menanggung segala kerugian yang berlaku disebabkan isu berkenaan.
Menurut Rashidi, dia telah pun memindahkan sejumlah wang ke akaun peribadi Aliff namun perkara sebaliknya pula yang berlaku.
Persoalannya, adakah dakwaan yang dibuat oleh usahawan ini benar atau tidak? MH pasti Aliff akan tampil memberi kenyataannya berhubung pertuduhan ini.
MH harap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan cara baik tanpa menjatuhkan mana-mana pihak dalam masa yang terdekat.
Foto: Facebook & Carian Google
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon versatil, Vanidah Imran baru-baru ini mengambil pendirian untuk tidak memberi sebarang komen mengenai khabar angin yang mengatakan rumah tangganya bersama pemuzik dan pelakon, Rashidi Ishak dikatakan sudah berakhir.
Malah, Vanidah atau lebih mesra dipanggil Vee, menerusi mStar memberitahu, dia tidak mahu memanjangkan gosip berkenaan.
“Kami berdua pilih untuk tidak mengulas mengenainya. Tidak kuasa hendak layan nanti lebih panjang,” katanya ringkas.
Terdahulu, ruangan pojok menerusi sebuah akhbar mingguan pada Ahad melaporkan pasangan selebriti berkenaan sudah tidak lagi bersama sekali gus membawa haluan masing-masing.
Pada masa sama, pasangan tersebut juga dikatakan turut dilihat hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, 9 Ogos lalu.
Vanidah dan Rashidi berkahwin pada 1 Oktober 2000 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Mikhail Imran, 17, dan Maryam Rashika, 14.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan pelakon, Ayda Jebat meluahkan rasa syukur apabila dapat peluang berduet bersama sahabat baiknya yang juga penyanyi, Hazama menerusi projek lagu raya terbaharu berjudul Yaa Hari Raya.