Uncategorized

Kerana Menyokong Parti BN, Serina Diboikot Peminat?

Share

Gara-gara berkongsi gambar kempen sempena PRU14 yang akan datang, Serina Redzuawan terpaksa menelan kata-kata tomahan negatif daripada pengikutnya di Instagarm.

Serina dengan bangganya memuat naik beberapa gambar berpakaian serba biru sambil memegang slogan ‘Jaminan Orang Muda’ membuatkan ramai pengikutnya memberi respond yang berbeza-beza.

Paling MH terkejut ada netizen yang meminta orang ramai untuk ‘boikot’ anak kepada Chef No. 1 negara ini dengan unfollow Serina hanya kerana parti yang dipilihnya. Malah, lebih kesian ada yang mula boikot perniagaan Serina dan berkata tidak akan beli apa-apa barangan keluarannya.

Dalam ramai yang menghentam, ada juga netizen yang langsung tidak mengambil pusing tentang pilihan Serina, malah menggalakkan Serina untuk terus memilih keputusan yang tepat, tidak kira apa parti sekalipun.

Bagaimanapun Serina sempat membalas dan berkata tidak faham mengapa ada sesetengah pihak beremosi dan tidak faham mengapa ada setengah pihak sanggup mengaitkan perniagaannya dalam hal sebegini.

Aduh kasihan betul MH lihat, betul lah tu sebenarnya setiap individu ada hak memilih parti mana yang memenuhi kemahuannya. Janganlah gaduh-gaduh sampai boikot. Adat kehidupan ada yang akan suka A dan ada yang tidak.

IKLAN